Eizlan Yusof Tidak Kisah Gelaran Datuk Seri Dikritik Sesetengah Pihak

Hiburan

Eizlan Yusof Tidak Kisah Gelaran Datuk Seri Dikritik Sesetengah Pihak

Selain Siti Nurhaliza, pelakon Eizlan Yusof juga turut menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Advertisement

Namun, ramai pula yang mengkritik gelaran Datuk Seri yang diterima oleh Eizlan dan tertanya apakah sumbangan beliau kepada negara sehingga boleh bergelar Datuk Seri? Walaubagaimanapun, Eizlan tidak mahu ambil peduli dengan sindiran ataupun komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka. Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?

Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya. Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Gelaran ini adalah tanggungjawab kepada kami dan merupakan satu amanah yang diberi oleh institusi tersebut.

Mungkin ada pencapaian Datuk Seri Eizlan Yusof selain bidang seni yang kita tidak tahu. Apa-apa pun, sudah rezeki beliau untuk mendapat gelaran tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...