Edisi Kantoi : Universiti Malaya Nafi Boy Iman Tersenarai Dalam Calon PhD

Hiburan

Edisi Kantoi : Universiti Malaya Nafi Boy Iman Tersenarai Dalam Calon PhD

Pernah hangat dengan isu penipuan rumah murah yang melibatkan jutaan ringgit, kini Boy Iman sekali lagi mencetuskan sensasi di media sosial apabila memuat naik foto kononnya beliau merupakan calon pelajar PhD di Universiti Malaya dalam bidang pengurusan perniagaan.

Advertisement

Ramai yang tidak percaya sebenarnya beliau adalah pelajar di universiti terkemuka tersebut. Akhirnya Boy Iman sekali lagi kantoi menipu apabila pihak UM menerusi akaun Facebook mereka secara rasmi mengesahkan nama Noruliman A. Rahman tiada dalam senarai pendaftaran sebagai salah seorang calon PhD ataupun Doktor Falsafah Di UM.

Susulan daripada kes tersebut, ramai netizen yang mengecam Boy Iman dan ada yang meminta pihak UM mengambil tindakan terhadap Boy Iman atas penipuannya itu termasuklah memalsukan kad pelajar.

Walaubagaimanapun, Boy Iman seakan hendak menegakkan benang yang basah dan meminta orang ramai menunggu hari konvokesyennya nanti.

Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya. Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak.

Rakyat Malaysia tidaklah begitu naif untuk percaya isu mengarut seperti ini apatah lagi pihak UM juga sudah membuat penafian. Kalau hendak popular sekali pun, janganlah asyik terus menipu.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...