Ed Sheeran, Adele Versi Lelaki

Hiburan

Ed Sheeran, Adele Versi Lelaki

Abang Nara jarang sebenarnya mengikuti perkembangan dunia muzik luar negara. Kalau tahu pun, lagu macam Adele yang selalu dimainkan di radio. Yang lain serius Abang Nara agak tak kenal. Namun apabila kawan Abang Nara suruh tengok video Ed Sheeran di bawah, Abang Nara terus teruja.

Advertisement

Maka Abang Nara pun dengan pantas mencari info tentang Ed Sheeran ini. Hebat rupanya dia ini. Album pertamanya ‘+’ telah terjual sebanyak 102,000 di minggu pertama sekaligus menobatkannya sebagai Biggest Selling Debut Album untuk penyanyi UK lelaki. Malah album ‘+’ ini turut berjaya menjadi Biggest Selling Digital Sales Hebat gila kan?

ed sheeran

Buat masa ini, Facebook Ed Sheeran telah pun mempunyai 1.3 juta fans dan follower Twitter sebanyak 1.8 juta. Kalau itu tidak mengkagumkan anda, YouTube Channel Ed Sheeran telah pun mendapat 41 juta view sepanjang 6 bulan yang lepas. Terkesima sekejap Abang Nara bila membaca info-info ini.

ed sheeran

Jadi untuk anda yang belum mengenali siapa itu Ed Sheeran, silakan melawat laman YouTube Ed Sheeran untuk menghayati lagu-lagu popularnya seperti The A Team, You Need Me, I Don’t Need You dan banyak lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...