Dulu Sentap Suami Jarang Ucap Sayang, Mia Ahmad Akui Makin Matang Dalam Perkahwinan

Hiburan

Dulu Sentap Suami Jarang Ucap Sayang, Mia Ahmad Akui Makin Matang Dalam Perkahwinan

Pelakon Mia Ahmad mengakui dia kini lebih matang dalam dunia perkahwinan terutama apabila menyentuh soal-soal untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga bersama suami.

Mia Ahmad dan keluarga
3 years ago

Mia Ahmad Kongsi Perkembangan Positif Anak, Perbanyak Sedekah Niat Tolak Mudarat

Advertisement

Ujar Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, dulunya dia sering terasa hati apabila suami, Izham Tarmizi jarang mengungkapkan kata cinta.

View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Namun kini, dia sedar bahawa rasa cinta dan sayang itu bukanlah daripada perkataan semata-mata namun harus disertakan dengan perbuatan.

Bila dah faham bahasa kasih sayang dari suami ni perkahwinan jadi bertambah indah..dulu kalau suami tak cakap ‘I LOVE YOU’ rasa suami tak sayang..Apooo??!!

Kata Mia lagi, seorang isteri haruslah banyak berdoa kerana hanya Allah S.W.T yang memegang hati seseorang dan kurangkan mengharap dalam kehidupan.

Perkara tersebut dikongsikan Mia menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Dia dalam pada itu turut meminta mereka yang mempunyai perasaan sama dengannya agar sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada perasaan sedih dan susah hati.

Terdahulu, Mia dan suaminya yang merupakan penjaga gol  pasukan bola sepak Johor Darul Takzim telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa,3, dan Iris yang kini berusia setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...