“Dulu Kemain Cakap Puteri Balqis Teruk!” – Terkinja-Kinja Menari Di TikTok, Netizen ‘Hentam’ Mia Sara

Hiburan

“Dulu Kemain Cakap Puteri Balqis Teruk!” – Terkinja-Kinja Menari Di TikTok, Netizen ‘Hentam’ Mia Sara

Rasanya sejak beberapa minggu yang lalu nama pelakon, Mia Sara menjadi perbualan orang ramai kerana kebanyakkan rasa kecewa dengan imej yang sekarang dipaparkan olehnya di platform media sosial.

Mia yang kini terlihat sangat aktif di TikTok sering melakukan konten-konten trending ataupun menari bersama rakan-rakannya yang lain.

Advertisement

Jika dahulu, netizen memandang gadis terbabit sebagai seorang yang sopan serta menjaga batasan pergaulan, tetapi sejak kebelakangan ini ramai merasakan Mia terpengaruh dengan rakan sebayanya.

Lagi membuatkan netizen berasa kurang senang dengan perwatakannya ketika ini kerana pernah suatu ketika Mia mengatakan pelakon, Puteri Balqis tidak dibesarkan dengan keluarga yang beragama sebab itu imejnya seperti itu.

Dulu mengata Puteri Balqis teruk, sekarang dia pula – netizen.

Tetapi sekarang ini, netizen mendakwa apa yang diperkatakan oleh Mia seakan-akan ‘berbalik’ kepada dirinya semula.

Sebelum ini, pelakon terbabit terlihat sering memakai tudung yang menutup dada ataupun labuh tetapi sekarang ini terkinja-kinja pula.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Puteri Balqis bergaduh dengan Mia Sara?
2 years ago

"Sebabkan Dia Ramai Maki Aku!" - Puteri Balqis Bengang Mia Sara 'Up' Cerita Buruk Tentang Dirinya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...