April 24th, 2019

Umum mengetahui pelakon Che Puan Juliana Evans dan penyanyi Kaka Azraff berkawan baik. Hubungan persahabatan mereka sudah terjalin sejak 10 tahun lalu dan Kaka dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui Juliana satu-satunya kawan baik beliau dalam industri.

Namun, sejak kebelakangan ini hubungan mereka agak renggang. Malah, kedua-duanya dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing.

Beberapa entri yang dimuat naik dipercayai berbaur sindiran mengenai sahabat yang membawa masalah, tikam belakang dan macam-macam lagi.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, ramai mempercayai status Juliana itu ditujukan buat Kaka apabila beliau menggunakan foto seorang wanita memakai beg biru untuk menutup kepala yang seakan sama dengan foto Kaka yang viral sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini mereka berdua belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung konflik yang berlaku. Dalam persahabatan, pasti ada saja konflik kecil maupun besar diantara kita dan sahabat. Namun, permasalahan inilah yang akan menguji kesetiaan kita tetapi pada masa yang sama boleh juga membuatkan hubungan itu lebih erat, tetapi hanya jika berjaya mengatasi masalah itu dengan matang dan baik.


45 responses to “Dulu ‘BFF’, Kini Hubungan Persahabatan Juliana Evans Dan Kaka Azraff Bermasalah?”

  1. these so called celebrities says:

    childish untalented self proclaimed celebrities. ju, u can’t act or host. kaka, u can’t sing. stop making yourselves look stupid with stupid controversies.

  2. Manusia says:

    Waktu BFF, semua benda nak buat together supaya semua tahu BFF dia siapa. Waktu bergaduh, semua keburukan masing2 terbongkar. Sama juga, waktu bercinta, semua benda indah. Waktu putus, semua busuk, masing2 nak salahkan pihak lain. Waktu suami isteri, semua manis tunjuk kat instagram. Sama juga, waktu bercerai, segala hal dalam kain nak beritahu satu dunia.

  3. LalaMi says:

    Dulu kan ada gosip kaka rampas kekasih tasha shila. Tasha shila pun pernah open up pasal hidup dia mengalami depression.

Loading...