May 11th, 2018

Kemenangan Tun Mahathir dalam PRU 14 memberikan satu perubahan yang besar buat rakyat Malaysia yang tidak dinafikan sudah lama mahu negara ini kembali maju.

Ramai yang mengucapkan  tahniah dan memberikan ucapan sokongan buat Tun M termasuklah selebriti tanah air.

Walaubagaimanapun, bukan semua menyukai perubahan baru ini. Pelakon dan usahawan jelita, Che Ta turut terkena tempiasnya apabila seorang individu dengan biadap mempertikaikan tindakan Che Ta yang berkongsi kegembiraan beliau apabila Tun M menang. Namun, Che Ta tidak berdiam diri dan tampil membidas komen tersebut.

Jawapan pedas Che Ta ada logiknya serta amat padu sekali  dan turut mendapat sokongan daripada netizen lain.  Bersabar lah Che Ta, memang ada yang masih belum dapat menerima hakikat barisan kempimpinan di Malaysia sudah bertukar. Dalam hal politik juga, kritikan dan cemuhan ini tidak akan berhenti kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.


46 responses to “Duit Cukai Aku Tu La Yang Bayar BR1M Kau, Sedar Sikit! – Che Ta”

  1. bukan fan che ta says:

    ahaha ekcelli kelakar dowh, dia terus Hey Babi!! boleh bayangkan dia naik hangin dengan orang yg sedap sedap ingat diorang boleh cakap apa je yg diorang nak pada Che Ta. comel betul

  2. kawan SAJAT says:

    DUIT BRIM BKN DUIT KO L A HAHAHA

Loading...