Dua Tahun Terpisah, Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia, Mulakan Hidup Baru Bersama Bella Astillah

Hiburan

Dua Tahun Terpisah, Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia, Mulakan Hidup Baru Bersama Bella Astillah

Setelah hampir dua tahun terpisah dengan Bella Astillah dan anak-anak, Aliff Aziz akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama semula dengan keluarganya.

Aliff Aziz sebelum ini dilaporkan terpalit dengan pelbagai kontroversi serta isu tidak menyenangkan telah kembali ke Singapura untuk tinggal bersama ahli keluarganya.

Advertisement

Khabar mengenai Aliff sudah kembali ke Malaysia itu telah dikongsikan oleh ibunya sendiri iaitu Siti Hafiza menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam entri berkenaan, Siti meluahkan rasa sedih dan berat hati untuk melepaskan Aliff pergi kembali menemui isteri dan anak-anak namun memahami tanggungjawab anak lelakinya itu sebagai ketua keluarga.

“Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya..Alhamdullilah selepas hampir dua tahun akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak. Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal, kami faham tanggungjawab dia untuk bersama keluarga lebih penting,”

Dalam pada itu, Aliff turut memuat naik entri di Instagram Story miliknya yang menunjukkan dirinya tidak sabar untuk berjumpa anak-anak serta isteri tercinta.

Siti Hafiza turut mendoakan agar anaknya itu menjadi seorang insan yang lebih baik untuk keluarganya.

Sekadar info, Aliff dan Bella telah bernikah pada September 2016 yang lalu dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna. Kisah kontroversi rumah tangga antara dua personaliti ini telah menarik perhatian peminat apabila Aliff dilaporkan beberapa kali ‘kantoi’ curang sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu dan kemudiannya rujuk semula sebagai suami isteri pada April 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...