“Dua Dua Dah Kahwin” – Wanita Kena 100 Sebatan, Lelaki 15 Sebatan Selepas Tidak Mengaku Berzina

Kehidupan

“Dua Dua Dah Kahwin” – Wanita Kena 100 Sebatan, Lelaki 15 Sebatan Selepas Tidak Mengaku Berzina

Gara-gara melakukan hubungan seks di luar pernikahan atau berzina, seorang wanita dari Aceh Timur, Indonesia dijatuhi hukuman sebat.

Menurut laporan, wanita yang juga berstatus isteri orang itu disebat sebanyak 100 kali manakala pelaku lelaki pula hanya menerima 15 sebatan selepas menafikan tuduhan berkenaan.

Advertisement

Ketua Bahagian Siasatan Am di Pejabat Pendakwaan Aceh Timur, Ivan Najjar Alavi berkata mereka berdua menerima hukuman sebatan itu pada Khamis, 13 Januari baru-baru ini.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap wanita yang sudah berkahwin itu selepas dia mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Hakim turut mendapati ianya sukar untuk sabit kesalahan terhadap pasangan lelakinya itu, yang juga sudah berkahwin kerana dia menafikan semua salah laku.

Semasa perbicaraan, dia tidak mengaku apa-apa, menafikan semua tuduhan. Oleh itu, (hakim) tidak dapat membuktikan sama ada dia bersalah.”

Sebagai hukuman alternatif, hakim mendapati lelaki tersebut bersalah kerana ‘menunjukkan kasih sayang kepada pasangan wanita yang bukan isterinya’.

Lelaki itu pada mulanya dijatuhi hukuman 30 sebatan tetapi Mahkamah Agung Syariah di Aceh mengurangkan hukuman kepada 15 selepas dia berjaya kemuka rayuan.

Pasangan terbabit ditangkap oleh penduduk tempatang di sebuah ladang kelapa sawit pada tahun 2018. Ketika hukuman dilakukan secara terbuka itu, sebatan terhadap pesalah wanita terpaksa dihentikan seketika kerana dia tidak dapat menahan kesakitan.

Untuk info, Aceh adalah satu-satunya wilayah di INdonesia yang mempunyai penduduk majoriti Muslim dan melaksanakan hukuman jenayah di bawah undang-undang Syariah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PU AMIN
3 years ago

"Zina Jadi Kerjaya, Dedah Alat Sulit Makin Biasa.." PU Amin Gesa Umat Islam Agar Jauhi Maksiat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...