Dua Anak Jutawan Terkenal SM Faliq & Chryseis Tan Berkahwin Hari Ini

Hiburan

Dua Anak Jutawan Terkenal SM Faliq & Chryseis Tan Berkahwin Hari Ini

Dua anak jutawan terkenal, SM Faliq Nasimuddin  anak kepada Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin iaitu pengasas Naza Group  bakal berkahwin dengan  Chryseis Tan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square dan anak kepada Tan Sri Vincent Tan hari ini.

Advertisement

Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun Instagram majalah Prestige Malaysia petang semalam.

It’s official  Chryseis Tan and SM Faliq SM Nasimuddin are getting married tomorrow. The power couple, who have known each other since schooling days and officially began dating in 2014, will finally tie the knot on 2 February 2018.

Walaupun pasangan ini tidak pernah berbicara lanjut mengenai tarikh perkahwinan mereka, Chryseis bagaimanapun beberapa hari lalu memuat naik foto pra perkahwinan mereka dan bridal shower. Ia menguatkan lagi berita bahawa beliau dan SM Faliq bakal bersatu sebagai suami isteri hari ini.

Tahniah kami ucapkan kepada SM Faliq dan Chryseis Tan. Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan betapa meriah ataupun mewahnya majlis perkahwinan dua orang ternama di Malaysia ini. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : The Star Online / Prestige Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...