DSV Minta Semua Berhenti Kecam Dan Maafkan Silap Aliff Syukri

Hiburan

DSV Minta Semua Berhenti Kecam Dan Maafkan Silap Aliff Syukri

Sehingga hari ini, insiden Datuk Seri Aliff Syukri ‘tersalah cakap’ di GV5 masih lagi memberikan kesan yang mendalam terhadap netizen. Ramai pihak yang membuat teguran kepada beliau daripada rakan artis sehinggalah golongan profesional.

Advertisement

Berada dalam bidang perniagaan yang sama, Datuk Seri Vida yang turut terkesan dengan kontroversi yang melanda sahabatnya itu meminta agar Aliff tidak cepat melatah dan tenang menghadapi segala kecaman. Mental harus kuat apabila menjalani perniagaan.

Pada masa yang sama, DSV memohon agar netizen memaafkan tindakan Aliff kerana setiap manusia itu tidak sempurna dan pasti akan melakukan kesalahan.

DSV juga pernah melalui saat-saat sukar seperti Aliff terutama sekali ketika beliau dicemuh berkaitan dengan kes beliau dan Aishah semasa penjadi penaja GV4. Tentunya beliau faham dengan apa yang dilalui oleh rakannya itu sekarang. Apa-apa pun, harapnya apa yang berlaku kepada Aliff ini dapat dijadikan pengajaran agar perkara sama tidak berulang lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...