Dr Zakir Naik Ditaja RM175,000 Sebulan Oleh Restoran ‘Mamak’ Di Malaysia?

Kehidupan

Dr Zakir Naik Ditaja RM175,000 Sebulan Oleh Restoran ‘Mamak’ Di Malaysia?

Baru-baru ini tular di media sosial apabila muncul dakwaan mengenai pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik telah menerima tajaan wang ringgit sebanyak RM175,000 setiap bulan daripada restoran India Muslim di negara ini.

Dalam mesej yang tular itu, sebuah persatuan dikenali sebagai Persatuan Restoran Mamak Malaysia dikatakan telah menaja pendakwah kelahiran negara India itu setiap bulan.

Advertisement
Zakir NaikSumber : Google  

Walau bagaimanapun, setelah hasil siasatan dilakukan oleh The Star, mesej yang tular itu didapati palsu dan tidak benar.

Malah, mesej tersebut sebenarnya telah berlegar-legar di media sosial sejak tahun 2019 lagi.

Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) juga telah menafikan berita itu dan menafikan dakwaan Dr Zakir telah dibiayai oleh restoran India Muslim dalam sebuah temu bual bersama sebuah media.

“Persatuan Restoran Mamak Malaysia tidak wujud.” jelas PRESMA.

Jemaah Umrah
2 years ago

Lebih 5 Jam Terkandas Di KLIA, 500 Jemaah Umrah Mengamuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...