“Don’t Act Like A Diva. Don’t Be Like Zul Ariffin”

Trending

“Don’t Act Like A Diva. Don’t Be Like Zul Ariffin”

Pelakon sado lagi hensem Zul Ariffin mula meniti kemasyhuran setelah berlakon dalam drama slot Akasia, Rindu Awak 200%.Namun cerita mengenai sikap aktor itu yang tidak mesra peminat bukan cerita baru. Sebelum ini, Zul pernah menolak untuk bergambar dengan peminat ketika baru tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur dari percutian keluarga.


 photo zulripin.jpg

Peristiwa itu diviralkan peminat tersebut yang mendakwa menyesal meminati Zul Ariffin. Bagaimanapun, terdapat satu luahan terbaru di Facebook oleh Olenz Aziz mengenai sikap Zul sewaktu diajak bergambar oleh staf sebuah restoran di Tuaran.

Advertisement

Ada satu kejadian di restoran kami kelmarin di Tamparuli.

Ada seorang artis ini yang dikenali sebagai Zul Ariffin. orangnya sasa, tinggi lampai, memang hensem. Serious, saya jarang puji lelaki.

Tapi malangnya, attitude dia sebagai seorang artis buat warga Tamparuli menyampah apabila staf-staf saya ingin bergambar, dan dia minta respect sebab dia tengah makan.

Okay, tak apa, staff saya pun tunggu dia habis makan bersama krew-krew mereka. Selesai makan, staf kami pun terus meminta izin untuk bergambar dengan artis tersebut.

Malangnya, dia jawab ” plizz respect , saya tidak selesa, ” wow!

Baiklah. Makanan dia siap mereka bagi Free of Charge lagi (dengan persetujuan kami) tapi tak apalah, saya halal kan.

Harap-harap kawan-kawan aku kalau ada yang jadi artis lepas ini, PLEASE BE HUMBLE. DON’T ACT LIKE A DIVA! Don’t be like Zul Ariffin.

Status Olenz mendapat pelbagai reaksi dari Netizen. Ada yang menyokong Olenz dan mendakwa Zul memang sukar diajak bergambar.
 photo komen1.pngSeorang Netizen mendakwa sikap Zul juga diketahui di kalangan krew produksi dan pelakon tambahan.
 photo komen2.pngSeseorang yang dikatakan ‘membawa’ Zul ke restoran tersebut bagaimanapun membidas kenyataan Olenz, tetapi dibalas pula oleh Netizen lain.
 photo komen3.pngManakala seorang Netizen lain mendakwa staf tidak begitu teringin bergambar dengan Zul tetapi disuruh oleh majikannya, dan status yang dimuat naik oleh Olenz ialah palsu. Olenz membalas bahawa dia sendiri mengajak Zul selfie teteapi ditolak oleh aktor tersebut. Olenz juga berkata akan melawan sekiranya disaman oleh Zul.
 photo komen4.pngSetakat ini status Olenz mendapat lebih 1,300 likes dan lebih 500 shares.

Pada pendapat penulis yang tidak berminat bergambar bersama artis, kita sebagai rakyat biasa tidak perlu menunjukkan kesungguhan untuk bergambar dengan mereka. Mereka hanya pelakon atau penyanyi, tidak ada apa-apa yang membuat mereka istimewa berbanding doktor, peguam, majistret, penjawat awam dan sebagainya sehinggakan penulis ingin bergambar dengan mereka.

Bagaimanapun, apabila orang belanja kita makan, mungkin kita patut menggunakan budi bicara sedikit dengan mengambil hati mereka. Sekadar bergambar, bukan suruh basuh pinggan pun, iya tak? Apa pendapat anda? -amazingnara.com


Sumber: Olenz Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...