Doktor Tegur Artis Promosi Ubat Peninggi, Minta Siasat Kandungan Dan Kesan Kepada Pengguna

Hiburan

Doktor Tegur Artis Promosi Ubat Peninggi, Minta Siasat Kandungan Dan Kesan Kepada Pengguna

Isu selebriti mempromosikan produk untuk menambah ketinggian bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah beberapa orang doktor terkenal iaitu Dr Beni Rusani, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Saz One.

Advertisement

Mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang cukup luas dalam bidang perubatan, ketiga-tiga doktor tersebut menyatakan tiada sebarang suplemen yang mampu meningkatkan ketinggian fizikal manusia.

Dari sudut  sains serta fakta tumbesaran,  ketinggian seorang lelaki akan terhenti sekitar usia 21 tahun dan wanita pula pada usia 18 tahun.

Dr Amalina pula menegur selebriti Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan serta menyiasat dahulu kandungan dan kesan sesuatu produk kepada pengguna sebelum mempromosikan ia di media sosial.

Ini kerana, pengaruh selebriti yang agak kuat membuatkan masyarakat mudah percaya dengan keberkesanan sesuatu produk.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...