Doakan Saya Terus Istiqamah Untuk Berhijab – Fouziah Gous

Hiburan

Doakan Saya Terus Istiqamah Untuk Berhijab – Fouziah Gous

Pelakon Fouziah Gous antara artis yang dikenali mempunyai wajah yang cukup jelita, selepas beliau pulang daripada mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, ramai yang memuji beliau kelihatan lebih cantik dan manis apabila berhijab.

Advertisement

Sudah beberapa kali berniat untuk bertudung sebelum ini selepas menjalani ibadah umrah, Fouziah harap kali ini beliau akan terus istiqamah untuk menutup aurat.

Insya-Allah… Doa baik-baik untuk hal ini (bertudung). Saya bukan manusia yang sempurna. Sebelum ini, saya pernah mencuba termasuk selepas beberapa kali mengerjakan umrah. Malah, selepas berkahwin. suami menyuruh saya memakai tudung. Tapi saya tak mahu buat semua itu atas paksaan atau suruhan orang lain.

Saya mahu lakukan ini secara perlahan. Biar saya menganjak ke hadapan dalam hal ini, bukannya ke belakang. Cuma sebagai manusia, kita sentiasa mahu memperbaiki diri dan berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Alhamdulillah, nampaknya Fouziah benar-benar berusaha untuk menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Kami juga mendoakan agar beliau tetap dengan pendiriannya itu selamanya dan terus tabah jika ada ujian yang mendatang dalam tempoh penghijrahan ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...