Diugut Bunuh Lelaki Bertopeng, Aisar Khaled Lapor Polis Demi Keselamatan Diri

Hiburan

Diugut Bunuh Lelaki Bertopeng, Aisar Khaled Lapor Polis Demi Keselamatan Diri

Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled bertindak membuat laporan polis selepas diugut dan diancam bunuh oleh individu yang tidak dikenali dalam laman sosial.

Menurut Aisar, dia nekad membuat laporan polis demi keselamatan nyawa dan tidak tahan dengan ancaman dan ugutan bunuh yang diterimanya daripada lelaki yang tidak dikenali tersebut.

Advertisement

Menerusi hantaran dalam Instagram miliknya, Aisar, 22, turut berpesan kepada orang ramai agar segera membuat laporan polis jika menerima nasib sepertinya.

Terlalu banyak kes ugut dan sebagainya sejak kebelakangan ini. Saya sendiri pun tak kenal siapa individu di sebalik topeng itu.

Tambahnya lagi, pelakon drama bersiri Chandelier itu mengakui membuat laporan polis kerana tidak mahu kusutkan kepala memikirkan perkara tersebut selain bagi mengelakkan daripada emosinya terganggu.

Kalau selalu dapat mesej yang mengganggu emosi kita, terus sahaja buat laporan polis atas keselamatan anda.

Dalam pada itu, Aisar turut menitip pesanan buat para netizen agar menjaga kata-kata dan perbuatan kerana takut terkena pada diri sendiri mahupun keluarga sendiri.

Ramai yang bunuh diri atau kemurungan dan sebagainya kerana kata-kata anda semua.

Terdahulu, Aisar memuat naik laporan polis yang dilakukannya semalam selain berkongsi video ugutan bunuh daripada seorang lelaki bertopeng yang tidak dikenalinya.

Aisar Khaled
2 years ago

Buat Perangai Solat Atas Jalan, Video Peringatan Aisar Khaled Undang Persoalan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...