Dituduh Rancang Gimik, Kerjaya As’ad Motawh Kian Tenggelam?

Hiburan

Dituduh Rancang Gimik, Kerjaya As’ad Motawh Kian Tenggelam?

Berdepan pelbagai kisah sensasi ketika menyertai siri jelajah The Percaya Tour, tahun lalu, nama penyanyi As’ad Motawh kian menjadi perhatian apabila detik beliau ditarik peminat ketika mengadakan persembahan di Sabah hingga menyebabkannya terjatuh daripada pentas dan mengalami kecederaan menjadi bualan hangat netizen di laman sosial.

asad motawh kain menyepi

Advertisement

Malah tindakan seorang wanita meluru dan memeluk ketika penyanyi lagu Senyum itu sedang mengadakan persembahan di pusat membeli-belah di Petaling Jaya juga antara insiden yang mencetuskan kontroversi panas sehingga ada yang mendakwa dirinya seakan sengaja merancang gimik tesebut.

Disebabkan perkara tersebut, kelibat As’ad dalam industri juga diihat cukup perlahan kerana dituduh sengaja mencetuskan sensasi demi melonjakkan namanya.

“Sejujurnya, saya sengaja memilih memperlahankan aktiviti seni selepas siri jelajah berkenaan. Saya sedar banyak kekurangan dan perlu memperbaiki diri.”

asad motawh kain menyepi

Menurutnya, beliau kini sedang berusaha memperbaiki kekurangannya terutama dari aspek persembahan, interaksi dan cara nyanyian. Hal ini kerana, beliau mahu menjadi penghibur yang baik dari segala sudut aspek.

Tambah penyanyi lagu Senyum ini, keputusannya memperlahankan rentak kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Malah beliau kini juga telah bertukar pengurusan baharu kira-kira setahun lalu.

asad motawh kain menyepi

Sehingga kini, meskipun tiada undangan nyanyian, As’ad berkata beliau langsung tidak terkesan akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana sedang giat menyiapkan beberapa kempen berkaitan COVID-19 serta projek jenama tertentu. Malah akui  tidak sabar untuk kembali bertemu peminat dengan projek terbaharunya kelak.

Untuk rekod, As’ad merupakan penyanyi alaf baharu sebaris Haqiem Rusly, Ismail Izzani dan Naim Daniel yang sering menjadi ikutan para gadis beberapa tahun ini. Malah setiap lagu nyanyian mereka acap kali menjadi runut bunyi untuk drama-drama popular Malaysia.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...