Dituduh Jual Produk Penyebab Kanser, Syura Luah Rasa Kesal Dengan Individu Tidak Bertanggungjawab

Hiburan

Dituduh Jual Produk Penyebab Kanser, Syura Luah Rasa Kesal Dengan Individu Tidak Bertanggungjawab

Penyanyi dan juga pelakon, Syura Badron meluahkan rasa kesal apabila dituduh menjual produk kecantikan yang boleh menyebabkan kanser kepada pengguna.

Syura menzahirkan perasaannya itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Malah, individu tersebut turut menyebut nama isteri Lan Solo, Shiela Razlan serta memberi amaran kepadanya untuk berhenti menggunakan produk berkenaan.

Menganggap perkara itu sebagai cubaan untuk menjatuhkan perniagaan yang diusahakannya selama ini, Syura berkata pelanggan tidak perlu risau kerana produk kecantikan yang diusahakannya itu mempunyai kelulusan KKM, LabTest dan pelbagai lagi.

“Haritu kes sugar daddy Syura juga kena kecam. Ni kes fitnah produk pula. Siap DM @lansolo_official dan bagitahu kalau produk ini boleh jadi kanser sebab @shielarazlan salah seorang pengguna produk kecantikan Charmant.”

Dia dalam pada itu walau bagaimanapun memahami perkara tersebut timbul kerana banyak produk kecantikan di Malaysia mengandungi bahan-bahan bahaya dan ramai pengguna kini lebih cakna dan berhati-hati apabila memilih produk untuk dipakai di kulit wajah.

“Tapi kalau boleh, siasat lah dulu betul-betul..janganlah main fitnah macam ni je. Sedih kadang-kadang tengok orang kita sendiri jatihkan orang kita juga…” tulisnya lagi.

Syura juga turut meminta orang ramai di luar sana agar membersihkan hati masing-masing dan tidak perlu menjatuhkan perniagaan orang lain jika tidak berminat dengan produk yang dijual oleh individu tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...