Dituduh ‘Dating’ Dengan Lelaki Lain, Ini Respon Fazura Yang Sangat Padu

Hiburan

Dituduh ‘Dating’ Dengan Lelaki Lain, Ini Respon Fazura Yang Sangat Padu

Kebahagian pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin sering menjadi perhatian ramai. Rasanya ramai sekali yang ingin mempunyai ‘relationsip goals’ seperti mereka berdua. Pasangan ini juga secara terbuka berkongsi momen indah dan manis mereka bersama peminat menerusi akaun Instagram.

Advertisement

Namun, ada juga pihak yang seakan tidak senang hati melihat kemesraan dan kebahagiaan Fazura dan Fattah. Baru-baru ini, ada seorang individu mendakwa Fazura keluar berdua-duaan dengan rakan baiknya iaitu pereka fesyen, Rizman.

Walaubagaimanapun, Fazura nampaknya tidak cepat melatah dengan provokasi yang cuba dilakukan peminat psiko itu. Dalam nada sinis, Fazura mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut yang meminatinya dan mempunyai masa terluang untuk mengikuti aktiviti hariannya.

Kami tidak hairan jika Fazura selalu ‘lepak’ dengan Rizman, mereka memang sudah lama berkawan rapat. Lagipun, Fattah juga seorang suami yang memahami dan sudah pun memberikan keizinan untuk isterinya itu meluangkan masa bersama kawan-kawannya. Ada-ada sahaja peminat zaman sekarang ni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...