Dituduh Buat Lawak ‘Double-Meaning’, Shuk Sahar Nak Saman Seorang Wanita

Hiburan

Dituduh Buat Lawak ‘Double-Meaning’, Shuk Sahar Nak Saman Seorang Wanita

Pelawak penuh kontroversi, Shuk Sahar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang menuduh Shuk melakukan lawak lucah atau double meaning terhadap wanita itu.

Shuk Sahar
2 years ago

"Siap Buat Lawak Nak 'Imagine'.." - Netizen Desak Shuk Sahar Diboikot

Advertisement

Menurut wanita yang bernama Ayu Aziz itu, insiden tersebut berlaku apabila menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program radio tempatan pada tahun lepas.

Menerusi platform Twitter, Ayu ada berkongsikan tangkap layar perbualannya bersama Shuk di dalam mesej peribadi Instagram yang memperlihatkan pelawak itu mahu menyaman wanita tersebut kerana merasakan dirinya dituduh oleh Ayu.

Dalam pada masa yang sama, Ayu turut berkongsikan sepotong klip video Shuk yang ketika itu masih bertugas sebagai penyampai radio mengeluarkan kata-kata berbaur lucah.

Berdasarkan pemerhatian video yang dikongsi, apabila Ayu mendedahkan usianya baru berusia 18 tahun, Shuk menyampuk dengan ayat ‘pergh sedang elok’ seperti menaburkan kata-kata yang mempunyai maksud lain.

DM Ayu Aziz dan Shuk Sahar

Kata Ayu, dia tidak berasa gentar seandainya Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas sebab pendedahan yang dilakukannya ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...