Ditegur Makan Tepi Jalan Oleh Chef Wan, Ini Penjelasan Daripada Aliff Syukri

Hiburan

Ditegur Makan Tepi Jalan Oleh Chef Wan, Ini Penjelasan Daripada Aliff Syukri

Rata-rata netizen ramai yang bersetuju dengan teguran Chef Wan kepada Aliff Syukri yang telah makan di tepi jalan ketika sedang bercuti di Switzerland. Menurut Chef Wan, dia pun banyak kali ke Switzerland tetapi tidaklah sampai makan di tepi jalan kerana menjaga nama baik dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia. Malah berdasarkan teguran Chef Wan, di Switzerland banyak meja dan kerusi yang disediakan di taman-taman untuk memudahkan para pengunjung menjamu selera. Tak perlulah sampai nak makan di tepi jalan.

chef wan

Advertisement

Dikecam teruk oleh netizen dan ditegur oleh idolanya Chef Wan, Datuk Aliff Syukri telah tampil untuk memberikan penjelasan tentang tingkah lakunya yang makan di tepi jalan ketika berada di Switzerland. Kata Aliff Syukri:-

Gara2 video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia…
.
Ramai yg kecam kata napa x makan dekat hotel la senang….sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan2 indah di switzerland….jadi bila byk2 berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata2 utk makan….

Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula….jadi disebabkan tu kami mmg dah masak siap2 dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama…x ada apa yg memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama…

Buat idola saya dlm bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan sy terima dgn fikiran yg terbuka dan sy uploadkan khas utk dato chefwan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab??dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..

cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik….org malaysia di sana juga baik dan ramah

chef wan

Panjang lebar penjelasan daripada Datuk Aliff Syukri berkenaan hal ini. Diharap semua yang membacanya dapat memahami situasi beliau sehingga terpaksa makan di tepi jalan. Apa pun, tahniah kepada Aliff Syukri kerana menerima teguran Chef Wan dengan hati terbuka. Kadangkala kebenaran itu memang pahit tetapi selaku rakyat Malaysia yang mempunyai nama dan jenama sendiri, kelakuan dan adab kita perlulah dijaga terutamanya ketika berada di luar negara. Apa pula kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...