Diserang Angin Ahmar, Zaleha Hamid Kini Makan Melalui Saluran Tiub

Hiburan

Diserang Angin Ahmar, Zaleha Hamid Kini Makan Melalui Saluran Tiub

Hanya mampu bergantung makan melalui susu yang disalurkan menerusi tiub, penyanyi veteran Zaleha Hamid kini hanya mampu terlantar di atas katil tanpa sebarang patah perkataan keluar dari mulutnya selepas diserang angin ahmar.

zaleha hamid angin ahmar

Advertisement

Menurut suaminya, Ungku Sulaiman yang terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa itu, Zaleha kini memerlukan perhatian penuh.

“Saya ada beli baju raya dia, kalau dia panjang umur dan cepat sihat…. itu harapan saya. Saya memang harap dia sembuh, sebab dia tak ada penyakit kronik lain, cuma strok ni. Ikut kata pakar, (sakit) berpunca daripada barah tiroid,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah suaminya lagi, berat badan isterinya juga difahamkan semakin susut sehingga kurang 30 kilogram, malah hampir keseluruhan anggota badannya semakin lemah

Bersimpati dan turut bersedih mengenang nasib artis bersuara emas ini, kisah perit Zaleha juga turut mendapat perhatian rakan artis Betty Banafe yang merupakan ketua sukarela “Jom Sedekat Team Banafe”

zaleha hamid angin ahmar

Kredit – Sinar Harian

“Kita kenal Kak Zaleha ni… walaupun tak rapat dia, ada kenangan dengan kami terutamanya abang saya yang menyanyi sekitar 90-an.

“Saya sangat berbesar hati kerana dapat bersemuka dengannya hari ini sambal memberi sumbangan,” katanya ketika ditemui di kediaman penyanyi itu.

Untuk makluman, bagi meringankan beban yang ditimpa penyanyi lagu duet Raya Inang Di Aidilfitri bersama Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Zaleha di akaun Maybank ‘101011611981 – Siti Zaleha Abdul Hamid’.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...