Dipersoal Kenapa Terus Hantar Anak Ke Sekolah Swasta Jika Nafkah Tak Cukup, Ini Jawapan Rita Rudaini

Hiburan

Dipersoal Kenapa Terus Hantar Anak Ke Sekolah Swasta Jika Nafkah Tak Cukup, Ini Jawapan Rita Rudaini

Sejak kebelakangan ini, kisah mengenai pemberian nafkah Aidil Zafuan buat dua orang anaknya bersama Rita Rudaini kembali terpapar di dada-dada akhbar.

3 years ago

"Saya Bukan Gila Talak Dan Terhegeh-Hegeh Mahukan Aidil Kembali.." - Rita Rudaini

Advertisement

Namun pelakon wanita tersebut menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat langsung untuk mengungkit mengenai perkara tersebut.

“Kalau saya nak ungkit pasal duit nafkah RM3,000 tu, dah lama dah saya berbunyi. Ni dah tahun 2021, anak saya pun dah 12 tahun tapi saya tak pernah bersuara. Saya pun tak pernah pergi ke mahkamah buka fail baru. Jadi tiada isu tetapi pihak di sana yang mulakan dulu. Masa tu dia tak sebut amaun berapa jadi saya pun sebutlah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Malah pilihan Rita Rudaini untuk menghantar Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke sekolah swasta turut dipertikaikan oleh netizen memandangkan dia mengatakan wang nafkah tersebut tidak cukup untuk menanggung kedua anaknya itu.

“Ada pula yang kata, duit RM3000 ni cukup. Bagi yang cukup, cukuplah dia. Tapi betul ke cukup? Kira betul-betul. Walaupun ada yang mempertikai saya hantar anak bersekolah di sekolah swasta.”

Meskipun ada yang mencadangkan dia menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan sahaja namun jelasnya, kos untuk sekolah tersebut juga banyak belanjanya.

“Apa ingat sekolah kerajaan seringgit je ke? Sekolah kerajaan sekarang tak macam zaman kita dulu. Walaupun sekolah kerajaan, kerja sekolah kena print, kena ada printer dan juga laptop. Zaman kita dulu semua cikgu sediakan tapi sekarang semua kena buat sendiri.”

anak anak rita rudaini

Tambah Rita, dia mempunyai sebab yang kukuh memilih untuk menghantar dua anak lelakinya itu ke sekolah swasta. Bukan sahaja merasa dia mempunyai kemampuan unutk membiaya belanjanya, malah aspek keselamatan juga menjadi faktor utama kepada keputusan itu.

“Saya pilih sekolah itu sebab ciri-ciri keselamatan dia memang ketat. Bukanlah niat saya nak kata sekolah kerajaan ni tak ketat tapi kita pun nampak macam bila tamat sesi persekolahan, ramai yang duduk di luar pagar.”

Lain pula dengan sekolah yang dihadiri anak-anaknya kini, mereka perlu berada dalam kawasan sekolah sambil dipantau para guru sebelum diambil oleh ibu bapa masing-masing.

Setiap ibu bapa pasti ada perancangan sendiri untuk masa depan anak-anak mereka kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...