Diperlakukan Seperti Lembu Dalam Video ‘Promo’ Aliff Syukri, Kak Long 7E Mengaku Buat Atas Kehendak Sendiri

Kehidupan

Diperlakukan Seperti Lembu Dalam Video ‘Promo’ Aliff Syukri, Kak Long 7E Mengaku Buat Atas Kehendak Sendiri

Baru-baru ini, Kak Long 7E sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila dia muncul dalam promosi lagu terbaharu  Aliff Syukri dan Baby Shima berjudul ‘Baby Sayang’.

Dalam video itu, dapat dilihat Kak Long 7E diperlakukan seperti seekor lembu oleh kedua-dua selebriti membuatkan ramai orang berasa simpati dan ada juga yang menuduh bahawa dia beraksi sedemikian kerana bayaran yang ditawarkan.

Advertisement

Susulan perkara itu, Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura, tampil memberi penjelasan tentang video berkenaan di Facebook miliknya apabila banyak tohmahan dilemparkan.

Menurut wanita itu, dia mengaku bahawa tidak dibayar untuk beraksi seperti berikut dan segalanya atas kehendak dirinya sendiri.

Kepada netizen-netizen yang berkata buruk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun. Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri.”

Kak Long juga berharap agar pihak di luar sana supaya berhenti memburukkan nama Aliff Syukri dan Baby Shima serta berhenti bersangka buruk kepadanya.

Terdahulu, Kak Long 7E pernah menjadi tular akibat mengamuk di kedai serbaneka 7-Eleven yang menjadi bahan kecaman netizen.

Kak Long 7E juga sebelum ini pernah memaki seorang staf restoran fast-food terkenal hanya kerana tidak diberikan sudu dan minumannya yang dihidangkan tanpa ais.

2 years ago

(VIDEO) Diperlakukan Seperti Binatang, Netizen Simpati Tengok Kak Long 7E Dalam TikTok Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...