Dinamakan Farid Kamil Dalam Laporan Polis: Taj Innuendo Dan Firdaus Diminta Bantu Siasatan

Hiburan

Dinamakan Farid Kamil Dalam Laporan Polis: Taj Innuendo Dan Firdaus Diminta Bantu Siasatan

Sebelum ini, Datuk Farid Kamil lelah mmbuat laporan polis mendakwa tiga orang rakan artis telah memasukkan ganja dalam minumannya, menyebabkan dia berkelakuan ganjil dan menyerang seorang anggota polis dan orang awam. Untuk itu, pelakon Soffi Jikan telah hadir ke balai polis setelah diminta oleh pihak polis dan ia seterusnya didapati positif dadah.

Terbaru, mStar Online melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan seorang individu bernama Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Advertisement

Jika anda masih ingat, Taj Addin, ialah penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu ‘Belaian Jiwa pada pertengahan 90-an.

Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

22 Comments

  1. Che ta kodiang

    February 8, 2018 at 6:39 pm

    Mcm zombie la gamak nye..ee cpt la tangkap seblm merebak kat kita srmua..

  2. Joe

    February 8, 2018 at 6:20 pm

    Tak pe, nnti keputusan makmal diragui…polis bukan nak tahu sgt psl ganja ni, yg dia nak tahu adalah dadah nps flaka flower bath salt, mana diorg dpt, dadah ni yg urine x di detect. Hari tu kan paper keluar statement, walaupun setelah 2 hari parit direman didalam lokap, parit masih lagi berhalusinasi. Dia dikatakan mengambil dadah jenis nps. Dadah sintetik ni amat bahaya, kita boleh tgk dkt us, dia pukul org, selamba bogel, bunuh org dan last bunuh diri.

  3. Shhh

    February 8, 2018 at 4:57 pm

    sorg lgi tu nama siapa..Firdaus mana…kenapa dorg nk wat mcm tu kt Farid…masa FK kena tahan..bukan main lagi Sofi Jikan backup baik punya..siap ckp FK anak keturunan PM pertama..

    • Anonymous

      February 8, 2018 at 9:57 pm

      Mesti lah back up sbb nak make sure fk x kaitkan nama dia. Sekali hmbik ko. Kalau betul diaorg aniaya fk xpe Allah kan ada. Akan ada pengadilannya

  4. anon

    February 8, 2018 at 4:51 pm

    hanya kerana dia dah ada gelaran
    petikkk je nama semua sangkut
    ntah2 dia pun sama naik ..
    hmmmmmmmm

    • Xyz

      February 8, 2018 at 9:15 pm

      apa kata kau baca je gosip tak yah komen?
      sebab sebagai orang luar, kita tak tau apa yang terjadi.
      jangan la kau insinuate/imply diorang kena tangkap hanya kerana farid ada Datukship. tak pasal pasal kau fitnah dia salahgunakan datukship dia. secara tak langsung cakap polis malaysia takde integriti. besar wey dosa fitnah.
      apa kata DM dia dan minta maaf?
      lain kali, kita doa je elok elok untuk semua orang kan bagus.

  5. wekkkkkkk

    February 8, 2018 at 4:43 pm

    melayu musnahkan bangsa melayu sendiri, org negro jual dadah bukan bagi negro makan, bagi warganegara sini mampus., mereka senang lenang dn kaya kalau x dpt di tangkap.
    Sifat cemburu sesama bangsa amat parah.

    • Anonymous

      February 8, 2018 at 5:39 pm

      Oh no.Aku suka gila Taj Innuendo ni dulu.Kesian Kak Lailatul (bini dia).

    • Miss Unibes

      February 9, 2018 at 11:26 am

      Lailatun kot nama isteri dia kalau tak silap. Aku pun antara peminat Innuendo. Paling suka lagu gemawan & nanti. Tapi siapa Firdaus???

Loading...