Dinamakan Farid Kamil Dalam Laporan Polis: Taj Innuendo Dan Firdaus Diminta Bantu Siasatan

Hiburan

Dinamakan Farid Kamil Dalam Laporan Polis: Taj Innuendo Dan Firdaus Diminta Bantu Siasatan

Sebelum ini, Datuk Farid Kamil lelah mmbuat laporan polis mendakwa tiga orang rakan artis telah memasukkan ganja dalam minumannya, menyebabkan dia berkelakuan ganjil dan menyerang seorang anggota polis dan orang awam. Untuk itu, pelakon Soffi Jikan telah hadir ke balai polis setelah diminta oleh pihak polis dan ia seterusnya didapati positif dadah.

Terbaru, mStar Online melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan seorang individu bernama Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Advertisement

Jika anda masih ingat, Taj Addin, ialah penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu ‘Belaian Jiwa pada pertengahan 90-an.

Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...