Dimensi Baru Perumahan Penuh Kehijauan Bersama Ken Holdings

Hiburan

Dimensi Baru Perumahan Penuh Kehijauan Bersama Ken Holdings

Baru-baru ini, Abang Nara telah dibawa melihat kondominium mewah, KEN Bangsar.

ken bangsar

Advertisement

Apabila melangkah sahaja ke dalam KEN Bangsar, Abang Nara terus terkesima. Cantik sangat-sangat loungenya.
ken bangsar
Betul-betul di sebelah lounge, ada swimming pool yang ditemani dengan angin yang nyaman menyerbu masuk. Memang terasa tenang dan damai. Jauh daripada hiruk pikuk bunyi bising kota Kuala Lumpur.
ken bangsar
Dan apabila Abang Nara dibawa masuk ke dalam unit kondominium KEN Bangsar, terus terkesima diri ini dibuatnya. Ini rupanya kediaman untuk golongan berada di Malaysia. Kualiti reka bentuk, bahan yang digunakan, suasana dan kemewahan yang dirasai berbeza sangat-sangat. Memang jaw drop dibuatnya.
ken bangsar
Bayangkan anda dapat tidur di dalam bilik tidur yang seindah ini, pastinya tidur anda lebih lena dan lebih berkualiti kan?
ken bangsar
Semasa Abang Nara menikmati keindahan kondominium KEN Bangsar, Abang Nara tertanya-tanya apakah yang membezakan KEN Bangsar dengan kondominium-kondominium mewah lain. Rupa-rupanya KEN Bangsar dibina khas dengan environment sensitive features. Ini terbukti dengan anugerah THE EDGE – PAM Green Excellence Award 2010 yang berjaya dimenangi oleh KEN Holdings, pemaju KEN Bangsar.
ken bangsar
Bukan itu sahaja, Ken Holdings juga memenangi anugerah BCA Green Mark Gold Plus Award, Green Building Index GOLD. Selain itu, Ken Holdings juga membawa pulang kejuaraan dalam kategori Sustainable Development untuk FIACBI Malaysia Property Award 2011. Banyak lagi award-award yang dianugerahkan kepada Ken Holdings sebagai tanda penghargaan membina kawasan perumahan yang enviromental friendly.
ken bangsar
Disebabkan Abang Nara tak mampu dan mungkin tak akan mampu untuk membeli unit kondominium yang mahal di KEN Bangsar, Abang Nara pun bertanyalah kot-kot Ken Holdings ada membina kawasan perumahan mampu milik untuk orang kebanyakan seperti Abang Nara. Rupa-rupanya memang ada satu projek baru yang telah dilancarkan . Projek itu diberi nama KEN Rimba, Legian Residences.
ken bangsar
Bertempat di Shah Alam, KEN Rimba, Legian Residences ialah sebuah kawasan perumahan teres yang mempunyai 328 buah rumah teres, lengkap dengan pak guard dan paling penting, kekal dengan konsep kehijauan yang dipegang kuat oleh Ken Holdings. Abang Nara serius teruja untuk pergi ushar-ushar KEN Rimba di masa terdekat ini.
ken bangsar
Rekaan Ken Rimba yang berkonsepkan kehijauan memang nampak sesuai untuk Abang Nara dan family yang baru nak memulakan hidup di bandar Kuala Lumpur yang amat panas ini.
ken bangsar
Wife Abang Nara mesti teruja kalau dapat memasak di dalam dapur yang sangat cantik ini.
ken bangsar
Menarik kan? Abang Nara ingat nak bawak pembaca-pembaca BeautifulNara yang berminat untuk melihat kawasan perumahan KEN Rimba bersama-sama dengan Abang Nara nanti. Kalau anda berminat, jangan lupa untuk tinggalkan komen dengan nama dan email untuk memudahkan Abang Nara menghubungi anda nanti.
ken bangsar

Untuk info lebih lanjut tentang KEN Rimba dan  Ken Holdings, anda boleh layari www.kenholdings.com.my, LIKE Facebook Ken Holdings dan follow Twitter Ken Holdings.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...