Dimana Aishah Sebelum GV? Saya Bantu Naikkan Artis ‘Sendu’ – Datuk Seri Vida

Hiburan

Dimana Aishah Sebelum GV? Saya Bantu Naikkan Artis ‘Sendu’ – Datuk Seri Vida

Masih hangat lagi mengenai kemelut mengenai rantai berlian palsu, seperti yang anda semua tahu penyanyi Aishah minggu lalu menuntut agar Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari selain mahu pihak jutawan kosmetik itu menyelesaikan dan bertanggungjawab terhadap hadiah yang diberikan.

Advertisement

Menjawab segala dakwaan Aishah, DSV berkata beliau sebagai penaja program tidak pernah igin membuli artis untuk kepetingan diri sendiri sebaliknya program Gegar Vaganza diadakan dengan tujuan ingin menaikkan semula nama artis yang ‘sendu’.

Sebenarnya Aishah silap, saya menaja itu satu platform tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik. Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet.

Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya. Di mana Aisyah sebelum GV? Dia pula banyak kali buat salah tapi kita terima dia, tak ada nak keluarkan dia semua. Adakah dia anggap itu buli? Apa motif saya berbuat demikian sedangkan saya sebenarnya mahu bantu naikkan dia.

Ditanya mengenai tuntutan yang dikemukan oleh Aishah, DSV berkata segalanya akan terjawab menerusi satu sidang media khas yang bakal beliau adakan pada hari Selasa ini.

DSV bagaimanapun tetap mempertahankan bahawa hadiah rantai berlian itu bukanlah palsu seperti yang didakwa.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...