Dikritik Penuhi Jemputan Sambutan Krismas, Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

Dikritik Penuhi Jemputan Sambutan Krismas, Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya dilihat menghadiri undangan sambutan Krismas rakan mereka. Kata netizen, tindakan tersebut sepertinya terpesong daripada akidah.

Tidak mendiamkan diri, Awal tampil dan menjelaskan perkara sebenar mengenai foto tersebut. Katanya ia bagi menghormati jemputan tuan rumah

Advertisement

“Jawapannya mudah. Lara bersekolah di sekolah antarabangsa dan ramai kenalannya bukan beragama Islam. Mereka menyambut Hari Krismas. Sebagai rakan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita juga ingin menziarah. Tuan rumah kasi dress code, kita ikut untuk menghormati permintaan mereka.”

awal ahaari dan scha alyahya

Awal turut memberikan contoh situasi perayaan Hari Raya Aidilfitri, sama yang serupa berlaku sekiranya kenalan lain datang menziarah rakan beragama Islam. Pastinya mereka akan hadir sambil menggayakan baju Melayu, baju kebaya dan juga jubah.

“Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur makan tu. Dan orang Kristian pun menghormati agama kita. Mereka selalunya membeli makanan di restoran yang halal jadi kita rasa selesa. Mereka tak minum pun depan kita sebab hormat.”

Apabila bergambar, mereka yang bukan beragama Islam mesti akan mencari latar belakang yang cantik sepertinya di dinding yang digantung kad raya dan ketupat plastik.

“Mereka post di Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih sebab jemput mereka. Bila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka; Buddha, Hindu atau Kristian. Mereka tak automatik jadi Islam.”

Begitulah penjelasan Awal dan diharap agar semuanya memahami. Malaysia kan sebuah negara muhibbah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...