Sambil bersantai di hujung minggu, pastinya ramai yang menonton program hiburan sensasi Melodi. Umum mengetahui kini program tersebut mempunyai pengacara baharu iaitu Janna Nick dan Ajak Shiro.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini Janna dikecam gara-gara memakai seluar yang ketat dan sendat ketika mengacarakan program tersebut secara langsung.
Rata-rata netizen kecewa dengan penampilan Janna itu dan berpendapat seseorang pengacara ataupun artis harus tampil dengan imej lebih sopan kerana program tersebut menjadi tontonan umum terutama sekali golongan remaja.
Tidak mudah melatah meskipun dikecam, Janna menerusi Insta Stories tampil memohon maaf tentang cara pemakaiannya itu.