Dikritik Pakai Seluar Terlalu Ketat : Janna Nick Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Dikritik Pakai Seluar Terlalu Ketat : Janna Nick Tampil Mohon Maaf

Sambil bersantai di hujung minggu, pastinya ramai yang menonton program hiburan sensasi Melodi. Umum mengetahui kini program tersebut mempunyai pengacara baharu iaitu Janna Nick dan Ajak Shiro.

Advertisement

Walaubagaimanapun, baru-baru ini Janna dikecam gara-gara memakai seluar yang ketat dan sendat ketika mengacarakan program tersebut secara langsung.

Rata-rata netizen kecewa dengan penampilan Janna itu dan berpendapat seseorang pengacara ataupun artis harus tampil dengan imej lebih sopan kerana program tersebut menjadi tontonan umum terutama sekali golongan remaja.

Tidak mudah melatah meskipun dikecam, Janna menerusi Insta Stories tampil memohon maaf tentang cara pemakaiannya itu.

Janna juga merakam penjelasan daripada pembantu peribadinya yang mengakui terpaksa meminta beliau memakai seluar tersebut kerana lebih sesuai dengan penampilannya.

Kami harap selepas ini Janna akan lebih berhati-hati dalam soal pemakaiannya. Semoga apa yang berlaku memberikan pengajaran bukan sahaja untuk Janna tetapi artis lain juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...