Dikritik ‘No Brainer’ Oleh Penyanyi Lain, Pihak Siti Nurhaliza Tak Mahu Melatah

Hiburan

Dikritik ‘No Brainer’ Oleh Penyanyi Lain, Pihak Siti Nurhaliza Tak Mahu Melatah

Beberapa hari lalu, trendi di Twitter salah seorang peserta realiti Big Stage, Sarah Suhairi yang menyanyikan sebuah lagu Korea dari kumpulan Blackpink. Ramai yang memuji persembahan beliau termasuklah juri profesional program berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Advertisement

Namun, pendapat Siti Nurhaliza itu dipertikaikan oleh seorang penyanyi lain dan mencetuskan sedikit perbalahan antara peminat mereka.

Terbaru, Rozi  Abdul Razak ataupun lebih dikenali sebagai Rozi Sang Dewi iaitu pembantu peribadi kepada Siti Nurhaliza berkata, pihak mereka tidak mahu terus melatah dengan setiap komen yang dilemparkan dan bertindak untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu yang timbul.

Kenyataan dari Rozi itu dipercayai berkait dengan komentar seorang penyanyi lain yang mendakwa komen Siti Nurhaliza mengenai penjurian di Big Stage sebagai ‘no brainer’.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Rata-rata netizen juga sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi itu yang tidak menghormati Siti Nurhaliza sebagai seorang yang lebih senior selain bergelar seorang penyanyi yang berpengalaman, berbakat besar dan sudah terlebih dahulu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Kami respek dengan pihak Siti Nurhaliza yang begitu matang menghadapi isu yang sangat hangat diperkatakan sekarang. Biarlah apa sahaja kritikan yang diterima, penyanyi nombor satu Malaysia ini tidak pernah gentar dan hanya membalas dengan senyuman. Mungkin itu rahsia beliau masih kekal relevan dan diminati ramai sehingga hari ini meskipun penyanyi baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Sumber Berita : KnizaM Leo H & Alan Al Padat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...