Foto Mesra Bersama Suami Dikritik, Ini Respon Padu Eina Azman Kepada ‘Haters’

Hiburan

Foto Mesra Bersama Suami Dikritik, Ini Respon Padu Eina Azman Kepada ‘Haters’

Melayari bahtera rumah tangga yang penuh dengan kebahagiaan, Datin Paduka Eina Azman begitu terbuka berkongsi kemesraan dan momen manja bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser di akaun Instagramnya.

Advertisement

Namun, baru-baru ini, foto Eina dipangku sambil suami mengucup dahinya menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen. Tidak perlu terlalu menunjuk rasa bahagianya itu.

Tidak hanya berdiam diri, beliau tampil membidas kritikan netizen. Buat Eina, tindakan beliau itu tidak harus dijadikan satu isu besar memandangkan akaun Instagram itu adalah miliknya dan beliau berhak untuk memuat naik apa sahaja.

Malah, foto tersebut adalah bersama suaminya yang sah dan bukannya beliau merampas suami orang lain. Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati, boleh sahaja ‘unfollow’ akaun Instagramnya.

Sesetengah pengikutnya berpendapat mereka yang mengkritik itu sebenarnya cemburu melihat kemesraan, cinta serta kasih sayang Eina bersama suami.

Rasanya tidak salah pun untuk Eina merakam saat indah bersama suaminya, sudah halal, apa salahnya kan? Doakan sahaja mereka kekal bahagia sehingga ke jannah.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

22 Comments

  1. Anonymous

    December 29, 2018 at 4:24 pm

    MACAM KAMBING HAHAHA

  2. putihkaseh

    December 28, 2018 at 4:56 pm

    Ada satu pos pasangan diraja pun ada post camnie tapi x sapa berani komen,
    betul ke klau raja2 n org have have buat x dosa tapi klau org miskin buat mesti dosa besar bagi dia org, pelik pelik

  3. paper la

    December 28, 2018 at 2:35 pm

    banyak bawang2 tak hepi erk tgk gambar eina. hahahaha
    eina bertuah u dapat laki kaya, senang hidup

  4. Retisssss

    December 27, 2018 at 11:24 am

    MMg la suami isteri dah sah dah halal. Tapi kalo asik nengok sana sini bersepah artis dok peluk cium laki bini, semua aksi nak posttttt, tak malu ke? takde adab ke? Konon nak tunjuk romatik, bahagia, padahal yg sebenarnye sejenis suka menunjuk dan nak netizen puji melambung. Bersepah retis yg carik laki kaya jutawan ni semua asal boleh je, Janji dpt poket tebal, boleh beli kulit putih, boleh keta mewah, rumah mewah, shoping sana sini, holiday sana sini pstu semuaaaaa tunjukkk. Diorang mana nk pikir adab dan kehormatan.

    Kau ada tengok ctdk dok atas riba laki dia then post???
    Kau ada tengok irma hasmie cium mulot laki dia then post???

    Takde kan???
    Sebab semua orang dah tahu mereka suami isteri yg sah. Dan mereka juga tahu adab, tahu malu, tahu hormat.

    Ada paham???

  5. Anonymous

    December 27, 2018 at 9:04 am

    semua org taw ko tu bahagia..xperlu nak show off everything.. rase semuanya ok bg kau sbb tu suke sgt nak post2..menggelabah

Loading...