Baru-baru ini, video Johan As’ari menari bersama Iqram Dinzly menerusi Instagram Live mendapat pelbagai komen daripada netizen. Ada yang salah anggap dan mengatakan Johan sudah terikut-ikut dengan perangai pelik Iqram sehingga video tersebut tular di media sosial.
Tidak menyangka video tersebut mencetuskan salah faham, Johan menjelaskan beliau hanya mahu bertanya khabar Iqram dan sebenarnya membawa sahabatnya itu berjumpa dengan Datuk Ustaz Kazim Elias.
Rancangan saya pada awalnya untuk berjumpa Datuk Ustaz Kazim Elias di Ipoh, jadi dalam kesempatan itu saya singgah berjumpa dengan Iqram di rumahnya. Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu. Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular.
Bagi saya dia okey sebenarnya, cuma perlu beri sedikit masa kerana ibunya yang masih dalam edah akibat kematian suami.
Johan boleh dijadikan contoh sebagai sahabat yang sanggup berada dalam keadaan susah dan senang. Meskipun ramai yang mengkritik dan mengecam kelakuan pelik Iqram, beliau tidak begitu dan terus bertanya khabar serta ingin membantu rakannya itu. Salute!