Dikecam Teruk Ketika Menyanyi Di Vokal Mania, Nuha Bahrin Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Dikecam Teruk Ketika Menyanyi Di Vokal Mania, Nuha Bahrin Tampil Mohon Maaf

Dilihat keterlaluan ketika menyanyi dalam sebuah rancangan realiti Vokal Mania di TV3, penyanyi baharu Nuha Bahrin, sehingga kini tidak henti-henti dikecam netizen.

Advertisement

Bagaimanapun, Nuha tampil memohon maaf kepada penonton atas segala kesilapan yang dilakukannya ketika bertanding di pentas tersebut. Malah beliau juga akui, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut sangat teruk.

Rentetan itu, beliau dilihat berjanji akan memperbaiki mutu persembahannya dan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang dan beliau juga khabarnya tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih buat para peminat yang tidak putus-putus mengundi dan memberi sokongan kepadanya.

https://twitter.com/inialannn/status/1322550597657112576?s=21

Meskipun menerima pelbagai kecaman dan komen negatif diterima, namun wujud juga segelintir netizen masih memberikan kata-kata semangat buat Nuha supaya beliau terus berusaha dan membuktikan yang dirinya mampu menjadi seorang penyanyi yang berjaya.

Untuk rekod, Vokal Mania rancangan realiti nyanyian terbaharu di TV3 yang menghimpunkn 24 penyanyi amatur bersama 4 penyanyi profesional iaitu Indah Ruhaila, Tomok, Aina Abdul dan Lan Solo di atas sebuah pentas pertandingan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...