Dikecam Teruk Kerana Penampilan Seksi, Ibu Puteri Balqis Jawab Tuduhan Anak Keluar Agama

Hiburan

Dikecam Teruk Kerana Penampilan Seksi, Ibu Puteri Balqis Jawab Tuduhan Anak Keluar Agama

Sejak beberapa hari yang lalu, pelakon remaja Puteri Balqis teruk dikecam oleh netizen atas kerana penampilannya yang dikatakan sudah terpesong dari agama dan baru-baru ini, ibu kepada pelakon itu tampil mempertahankan anaknya.

Norashikin atau nama sebenarnya, Norashikin Mohd. Aziz membalas teguran daripada seorang ustaz mewakili warganet yang sejak minggu lalu tidak berhenti mengkritik dan mempersoalkan imej Puteri Balqis sehingga ada yang mengatakan pelakon muda itu sebagai remaja bermasalah.

Advertisement

Menjawab tuduhan tentang keluar dari agama Islam kerana dipengaruhi golongan Kristian, Norashikin secara tegasnya berkata dia tidak akan sesekali membiarkan anak perempuannya melakukan hal seperti itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Sedar akan kekhilafan dirinya mencacah tatu pada badan, dia sama sekali tidak akan membenarkan Puteri Balqis melakukan kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh dirinya itu.

Dalam pada itu, ibu tunggal itu turut mengakui kehidupannya seringkali dikelilingi dengan persekitaran yang tidak baik kerana manusia-manusia yang suka cakap buruk soal diri beliau.

Kami di sekelilingi dengan penuh pengumpat dan pencela. Kami lari dari golongan manusia yang selepas sujudnya, selepas meraung berdoa, lalu mereka kembali berkumpul menghina sesama manusia.

Sebelum ini, penampilan pelakon yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu menarik perhatian warganet apabila dia memuat naik foto memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak dalam Instagram miliknya.

2 years ago

"Dia Tak Dididik Dengan Cara Islam Sejak Kecil" - Netizen Risau Tengok Penampilan Terbaru Puteri Balqis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...