Dikecam Sambut Krismas : Ini Respon Isteri Harith Iskander

Hiburan

Dikecam Sambut Krismas : Ini Respon Isteri Harith Iskander

Gara-gara memuat naik foto berlatarbelakangkan pokok Krismas beberapa hari lalu, pelawak Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim menjadi bualan hangat netizen kerana menyambut perayaan Krismas meskipun mereka beragama Islam.

Advertisement

Untuk makluman semua, Jezamine berdarah kacukan Cina dan India, beliau memeluk agama Islam pada 12 Mei 2010 sebelum sah bergelar isteri pelawak tersebut.

Tenang menghadapi segala kecaman netizen, Jezamine menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu foto “ I am a Muslim and I love Jesus”  dan memberitahu beliau memaafkan setiap individu yang mengkritik beliau sekeluarga.

Perayaan Krismas yang disambut golongan Kristian dan turut dimeriahkan oleh umat Islam sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Namun, kita tidak boleh menghukum akidah mahupun iman seseorang itu terpesong hanya berdasarkan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, kami bukanlah golongan arif dalam bab agama. Lebih baik untuk merujuk kepada ulama-ulama mengenai isu ini sebelum kita mengecam seseorang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...