Dikecam Pengacara ‘Kaku’, Hady Mirza Tidak Cepat Melatah

Hiburan

Dikecam Pengacara ‘Kaku’, Hady Mirza Tidak Cepat Melatah

Nampaknya rezeki penyanyi, Hady Mirza semakin melimpah ruah selepas menjuarai Gegar Vaganza 6 dan diberikan kepercayaan untuk menjadi pengacara bagi program terbaru Dansa Dan Sing.

hady mirza

Advertisement

Mengendalikan program secara langsung itu buat kali pertama pada minggu lalu, kredibiliti Hady dalam mengacarakan program berkenaan dipertikaikan banyak pihak.

Rata-rata penonton mengkritik Hady agak kaku sebagai pengacara lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Sherry Al-Hadad.

hady mirza pengacara kaku

hady mirza pengacara

hady mirza

Tidak menafikan perkara itu, Hady yang baru pertama kali menceburi bidang pengacaraan berharap agar penonton dapat memberikannya peluang untuk memperbaiki diri. Hady juga tidak cepat melatah apabila dirinya dikecam dan dibandingkan dengan pengacara popular, Alif Satar yang dikatakan sebagai gandingan paling sesuai buat Sherry.

Mana mungkin tak nervous, pihak produksi sendiri meluahkan rasa risau apabila saya mengacarakan rancangan ini bersama Sherry. Namun saya anggap ia sebagai perkara biasa dalam proses pembelajaran. Saya anggap kritikan negatif terhadap kualiti pengacaraan saya sebagai perkara biasa, pasti ada yang tak kena di mata penonton.

hady mirza pengacara kaku

Bayangkan beberapa bulan dahulu saya menonton Sherry dan Alif Satar mengacarakan program Big Stage sambil makan kuaci di rumah tapi kini saya pula jadi pengacara dengan Sherry. Jadi cakap la apa anda nak cakap, saya tak kisah.

Bukan mudah untuk mengacarakan sebuah program popular secara langsung. Pastinya akan ada perasaan gementar bukan?  Bagi peluang dulu pada Hady dan siapa tahu selepas ini gaya pengacaraannya akan bertambah baik.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Official Ria X & Astro Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...