Dikecam Pakai Loket Tulisan Jawi, Emma Maembong Enggan Layan Komen Netizen

Hiburan

Dikecam Pakai Loket Tulisan Jawi, Emma Maembong Enggan Layan Komen Netizen

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong dikecam gara-gara memakai loket namanya dalam tulisan Jawi. Rata-rata netizen berkata, tulisan Jawi tidak boleh dijadikan perhiasan di tubuh badan apatah lagi digayakan dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Malah, ada yang berpendapat ia boleh menimbulkan salah faham jika ada orang bukan Islam mengaitkannya dengan kalimah Al-Quran.

emma maembong

Advertisement

Bagaimanapun, Emma enggan memberikan komen lanjut mengenai isu tersebut. Tidak mahu perkara terus berlarutan jika dia melayan komen negatif netizen.

Saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya kalau komen pun perkara ini tetap akan berpanjangan. Tak mengapa, biarlah apa orang nak cakap pasal saya. Kalau kita buat baik atau sebaliknya pun, orang tetap akan bercakap pasal diri kita.

emma maembong loket tulisan jawi

Selagi kita melayan komen-komen negatif daripada netizen, lagi rancak buli siber berlaku. Bila kita tahu apa yang dilakukan, ambil jalan dengan tidak peduli dengan mulut orang lain.

Buat apa kita depresi disebabkan terlampau memikirkan apa yang orang luar bercakap pasal kita. Cara paling terbaik adalah kita tahu mana yang baik dan buruk. Semua itu antara kita dengan Allah serta sesama manusia.

Baguslah kalau Emma enggan melayan komen netizen, kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...