Dikecam Nyanyian Ke ‘Laut’, Janna Nick Tetap Ingin Hasilkan Single Terbaru

Hiburan

Dikecam Nyanyian Ke ‘Laut’, Janna Nick Tetap Ingin Hasilkan Single Terbaru

Pelakon zaman kini memang bagus dari segi mengembangkan lagi kerjaya mereka dan mencuba benda baharu seperti Janna Nick yang turut bergelar pengacara dan penyanyi. Walaubagaimanapun, netizen merasakan beliau tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian selepas persembahan beliau di DFKL2018 mendapat kecaman yang agak teruk.

Advertisement

Meskipun menerima pelbagai komen negatif, namun ia tetap tidak membuatkan Janna berputus asa dalam bidang nyanyian. Malah, beliau bakal muncul dengan single ketiganya tidak lama lagi.

Kalau orang cakap saya tak bagus ketika itu, saya terima suara saya tak sedap, tapi saya takkan jadikan alasan itu untuk berhenti menyanyi. Kritikan membuka mata saya untuk menjadi lebih baik. Bukannya saya tak pernah menyanyi secara langsung di stesen televisyen.

Saya tidak bongkak sehingga mahu berkata ‘kalau tak suka dengar suara saya, tutuplah radio, tak payahlah tengok’. Saya tidaklah seperti itu.  Saya mencari rezeki dalam bidang ini. Selagi lagu saya masih diterima, saya anggap itu rezeki dan ia menjana pendapatan.

Saya terima kecaman itu untuk menjadikan saya lebih baik. Saya akan terus hasilkan single dan pada masa yang sama, perbaiki suara saya dengan menghadiri kelas vokal.

Bagus betul Janna yang sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen. Kami setuju dengan Janna yang menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk beliau memperbaiki kelemahannya dan siapa tahu boleh menjadi penyanyi yang berkualiti satu hari nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...