Dikecam Beraksi Lucah Ketika Instagram Live, Iqram Dinzly Minta Netizen Jangan Sibuk Halnya

Hiburan

Dikecam Beraksi Lucah Ketika Instagram Live, Iqram Dinzly Minta Netizen Jangan Sibuk Halnya

Berkelakuan pelik dan mempamerkan aksi lucah ketika Instagram Live baru-baru ini, pelakon Iqram Dinzly dikecam serta dituduh semakin tidak waras. Berang dengan persepsi negatif netizen terhadap dirinya sejak kebelakangan ini, Iqram menyifatkan mereka yang mengkritik dirinya itu sebenarnya bersikap busuk hati.

Advertisement

Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya. Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.

Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio. Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya.

Dalam pada itu, Iqram berharap netizen berhenti menghukum dan berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Iqram semakin bahagia dengan kehidupannya sekarang dan kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...