Dikatakan Semakin Kurus, Hafiz Hamidun Ingin Fokus Pada Diri Dan Keluarga Lepas Perceraian

Dikatakan Semakin Kurus, Hafiz Hamidun Ingin Fokus Pada Diri Dan Keluarga Lepas Perceraian

Seperti yang anda semua ketahui, Hafiz Hamidun telah melafazkan cerai talak satu terhadap Joy di di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof semalam. Mahkamah memaklumkan, talak satu ‘ba-in sugrha’ itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Kepada rangkaian YouTube Oi Jom, Hafiz memberitahu selepas prosiding mahkamah, dia telah cuba menyelesaikan masalah ni dan tidak pernah tidak bertanggungjawab. Ia sebenarnya berlainan dari apa yang dituduh oleh segelintir pihak:

Advertisement

Saya rasa dalam isu rumahtangga ini kita kena jadi ikhlas dan jujur. Saya rasa apa yang saya buat sebelum ini, yang saya ini tak berguna, tak bertanggungjawab, sebenarnya orang kena tahu apa yang saya buat itu ialah yang sebaliknya dari apa yang mereka cakap.

Saya dah cuba nak selesaikan masalah ini dari hari yang pertama. Kita nak cuba selesaikan dengan cara yang baik. Benda yang terjadi ialah yang sebaliknya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Hafiz juga mengakui tidak bercakap dengan Joy sebelum atau selepas prosiding mahkamah dan dia juga memaafkan apa jua kenyataan mengenainya yang dikeluarkan oleh Joy dan ahli keluarganya, dan dia sendiri meminta maaf.

Anyway, saya tidak ada bercakap dengan dia, sebelum dan juga selepas tadi pun. Sebenarnya saya dah lama maafkan, dengan apa yang terjadi, tak kisahlah, dia kata macam-macam, keluarga dia ke, saya dah lama maafkan sebab saya rasa kemaafan itu ialah benda yang akhirnya meleburkan semua sengketa.

Foto: NSTP

Tak kisahlah apa yang orang cakap tentang saya, saya tetap maafkan dan saya juga minta maaf jika saya ada salah dan silap yang timbul sebab saya rasa masyarakat akan boleh dapat hikmah, boleh belajar sesuatu.

Dia juga tidak mahu mempunyai apa-apa perkaitan dengan Joy Revfa buat masa ini:

Buat masa ini saya rasa tidak perlu ada apa-apa hubungan kawan ke apa. Pada saya, saya seorang yang berniaga, juga figura awam, ada program merata-rata. Saya kalau boleh tak nak bergaduh dengan orang. Tak nak bermusuh dengan orang. Jadi, tengoklah.

Dalam masa terdekat ini saya mahu teruskan kehidupan yang baru dengan keluarga saya. Pada masa akan datang, kalau nak berkawan, tak ada masalah.

Hafiz mengakui sejak berhadapan masalah ini, badannya susut dan ramai perasan akan perubahan itu:

Dalam masa terdekat ini lebih baik saya fokus kembali kepada diri saya dahulu. Ramai orang kata dah kurus, dah cengkung, makan tak cukup. Saya pun terfikir juga mungkin inilah kesan dari masalah.

Anyway, saya akan fokus yang pertama kepada diri saya dahulu, kemudian bawa kepada keluarga saya. Saya tak libatkan keluarga saya dalam masalah ini dan mereka pun faham. JAdi lepas ini saya akan luangkan lebih masa kepada keluarga saya, pada perniagaan dan banyak lagu-lagu baru yang bakal dikeluarkan.

Video itu boleh ditonton di bawah:


Apa pun selepas ini Hafiz boleh meneruskan langkah tanpa menoleh ke belakang lagi, ya tak? Ini juga satu pengajaran bukan saja buat mereka yang terlibat, malah seluruh masyarakat. Bersama-sama kita belajar dari peristiwa ini.  – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...