September 18th, 2018

Umum mengetahui penyanyi BBNU, Ismail Izzani kini sedang dihimpit kontroversi yang sangat hangat apabila tidak mahu membayar hutang bil hotel berjumlah RM 398.85 kepada pelakon Zarina Anjoulie. Ismail didakwa telah menggunakan bilik hotel atas Zarina untuk memadu asmara dengan teman wanitanya.

Disebabkan kontroversi itu, pelbagai kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Ismail terutama sekali apabila beliau juga dikatakan mabuk di kelab malam.

Pernah mengeluarkan air mata dan megakui emosinya terganggu kerana hal itu, kini Ismail sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila memuat naik kenyataan sensitif menyalahkan Melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri hanya kerana beliau dilanda kontroversi.

Buat netizen, apa yang dikatakan oleh Ismail itu tidak wajar, sedangkan apa yang berlaku kepadanya kini adalah hasil perbuatannya sendiri. Mengapa pula perlu bangkitkan isu Melayu suka jatuhkan Melayu?

Sebab itu orang kata, kalau hendak masuk dunia hiburan ini hati kena kental. Sejujurnya, pada pendapat kami isu ini tidak akan berpanjangan kalau kedua-dua pihak boleh duduk dan selesaikan secara baik. Ada juga netizen yang mengatakan Ismail bayar sahaja hutangnya dan perkara ini boleh selesai, tidak perlu menuding jari kepada orang lain.

Sumber Berita : Twitter Alan Al Padat


60 responses to “Dihimpit Kontroversi Hangat, Ismail Izzani Persalahkan Melayu Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri”

  1. chinta says:

    bukan mslh bangsa melayu nk jatuhkan melayu dlm kes kau ni budak bongok.

    mslhnya ko buat hal, pahtu nak suruh netizen puji ke weiii???

  2. Anonymous says:

    hi,cuba lah u byr semua tu mail cash kat anjalin tu habis cerita,wats up wit u.dalam 400rm je ta bnyk mana pun,ewenwngnya bepoya poya dengan gilfren,do u expect people gona pay u free ka tingal kat hotel.use ur brain man.

  3. Alanice says:

    3-3 ni xde kt industri pn xde hal la

  4. Sedih says:

    perangai sama macam hajjah disko tu,sedar diri tu ISLAM,MELAYU, jaga la adab budak oi

  5. anonymous says:

    samal la hang pon mlayu jugak pemalaih tak mau blajaq nak jadi pnyanyi..hoi kat mesia ni jadi pnyanyi tak kaya la woi mentang2 makpak kaya boleh la belagak mcm baguih,sora sengau cam hg leh tahan 2 taun la paih tu karamm la LOL

Loading...