Written by serenity | January 13th, 2018

Dalam entri penulis sebelum ini, Zulin Aziz telah berbalah dengan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya ‘perempuan Melayu sundal’ hanya kerana Zulin Aziz memberi jawapan selamat apabila ditanya Harian Metro sama ada sudi menerima suami orang sebagai pasangan.

Zulin memberitahu, wanita itu yang memulakan perbalahan dengannya namun kini wanita itu sudah memadam semua komen mengenai berita itu. Zulin dan peminatnya sempat menyalin komen-komen wanita itu untuk membuktikan apa sebenarnya yang berlaku.

Terbaru, Zulin telah memuat naik komen-komen wanita itu yang sempat disalin dan memberi wanita itu tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf terhadapnya sebelum dia meneruskan dengan tindakan lanjut. Zulin menulis:

Saya telah merujuk kepada peguam saya. Tindakan kamu mengeluarkan kenyataan berbunyi “Perempuan Melayu Sundal” melalui Facebook merupakan satu kenyataan bersifat fitnah terhadap diri saya. Kenyataan tersebut yang secara bertulis dan telah dibaca oleh pihak ketiga menyebabkan kenyataan tersebut boleh dikategorikan sebagai kenyataan fitnah (libel) terhadap diri saya. Di bawah Akta Fitnah 1957, saya mempunyai hak untuk memulakan tindakan saman fitnah (libel) terhadap kamu, dan/atau membuat satu laporan polis di bawah seksyen 499 hingga 502 Kanun Keseksaan.

saya memohon satu permintaan maaf dibuat oleh kamu melalui media sosial/media massa

dan di atas nasihat peguam saya, saya bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap kamu.

Terima kasih.

image

imageKeputusan Zulin disokong oleh para pengikutnya yang menggalakkan dia mengambil tindakan undang-undang berkenaan perkara berkenaan.

Tinjauan penulis mendapati akaun Facebook wanita itu kini diletakkan dalam mod privasi. – beautifulnara.com

56 responses to Digelar ‘Perempuan Melayu Sundal’, Zulin Aziz Beri Tempoh 24 Jam Untuk Pengguna FB Minta Maaf

  1. tepung says:

    sebab itu aje ke? nak jadi retis tapi tak kental pencen aje lah

    5

    19
    • Yaya says:

      Nowadays. Senang sgt nak buat duit. Lagi2 zaman najib ni, semua benda perlu duit.
      Meh sini aku ajar.
      Kau buat twit atau status fb yg ala2 provok. Contoh, “aku x kisah kawin dgn laki org. Woman out there, watch out your husband.”
      Lps tu kau tggu la org komen.
      Mana2 individu yg kecam kau balik, atau hina kau dgn gelaran sundal, that’s it!!!
      Kau screenshot sbgai bukti, dan kau failkan saman malu.
      Saman la brp ko nak. Untung sabut timbul. Ye dak? Senang kn buat duit?
      Haih, dah gi buat sana. Menang saman nnt jgn lupa aku.

      38

      15
      • Anonymous says:

        Siapa ni???

        4

        0
      • benar says:

        Weh yaya. ko ni Dura Hatta yang kurang ajar tu kan? ke ko suku sakat dia? gigih nau ko komen kat sini ye? Dah la kurang ajar, insecure. orang kawin dengan laki hensem, ko pun nak kawin jugak. kalau sedar diri tu tak lawa, jagalah peribadi tu bagi lawa. ni dah la tak lawa, peribadi pun out. aku doakan laki ko terpikat dengan zulin & zulin jadi madu ko satu hari nanti. masa tu aku nak tgk ko meroyan tahap macam mana… hahhhahahahahahahahahaah

        3

        21
    • minah jambu say NO to drugs says:

      tu la u tu cepat sangat bertudung..kalau tk mesti u tkan jadi macm ni …

      0

      24
    • Anonymous says:

      Pandai pulak betina no brain tu minta maaf ……you win Zulin ….

      23

      2
    • Opah maheran says:

      Masalahnye sekarang, ko tu sape nak panggil orang sundal? Adakah dengan pengakuan zulin yang rela kahwin dengan suami orang tu bermaksud dia sundal? Sundal tu kan pelacur, jalang atau perempuan murahan? Ape kaitan pengakuan dia tu dengan perkataan tu? Perempuan tu sape nak panggil dia sundal? Sebab dia retis, kite boleh cop dia dengan apa2 gelaran ke? Memang tu fitnah pun. Saman je perempuan tu. Mulut jahat sangat. Mesti laki dia malu dengan perangai bini dia. Lain kali, pikir dulu sebelum komen. Pastu play victim plak. Mesti ari2 dalam kepala otak dia 24 jam pikir laki dia curang walaupun tak.
      Sian pompuan camni. Jenis yang kalau nampak je laki dia bercakap dengan pompuan lain, mesti pompuan tu dipanggil sundal.

      9

      0
      • Amrankoni says:

        Tah, lagi satu. Ada ke zulin kata dia nak kawin dengan suami Dura Hatta. Dia pun tak kenal kau siapa. Eh perasannya minah ni. Kau yang start, kau pulak sentap! Haha

        2

        0
      • Anonymous says:

        Entahnya. Kalau aku Zulin mmg suruh teruskan je saman. Dia bagi statement klise je kottt. Yang si Dura ni nak sentap apehal? Agaknya laki ada skandal dgn pmpn bujang la tu.

        3

        0
    • Bawang hitam says:

      Bukan ke minah tu ugut nak saman dia dulu for cyber bullying. Tu yg dia suh pompuan tu mintak maaf. Adoi.. kalau gedik nak bg komen pun tgkla dari semua segi dulu ahkak bawanh wehhh

      7

      1
  2. benci netizen sundal says:

    saman je zulin mesti mokcik bawang dan betine melayu atau budak wechat kaki hina org guna fake acc mcm pengecut top up mak bapak tanggung lg, diri sendiri sundal wal jahanam nak kondem org pulak kuakuakua

    27

    0
  3. Anonymous says:

    Xde job ke sampai nak saman orang?

    8

    19
  4. Anonymous says:

    Perempuan tu mula dulu. Dia risau kot laki dia kena kebas. Tgk gaya pon jenis cepat cemburu pasal poligami ni. Memang la statenebt zulin mcm gedik sikit tapi xperlu la menyundalkan orang. Aku bukan zulin. Aku friend dgn pmpn tu kt fb je

    42

    1
  5. Anonymous says:

    Jangan nak post benda2 yg mendatangkan kecaman org,lps tu kn kecam nak saman pula,senang betul nak buat duit…

    13

    6
    • Anonymous says:

      abih tu jgn kecam..kan bagus ada cyber police..kurang lah kunyit2 yang tak ada keyakinan diri tu dari mbuat kecaman yang bukan2..

      1

      1
  6. Nyentap says:

    Yg pompuan tue nak sentap sgt pehal.. Kihkih.. rilex ler pompuan, ko jaga laki ko tue elok2…hahha.. Br statement pun dah nglabah… mcm2 daaa… muahahha..

    34

    0
  7. kak nam says:

    Bila lembu berbicara…statement mcm cabai

    0

    7
  8. X kuase says:

    We live in a SAMAN NATION

    2

    4
  9. p says:

    xde la nk kte statement si zulin btol…mmg la isu tu sensitif..tp yg netizen itu komen hina die nape cmtu skali..kalu aku kene pggil sundal..ak pon mrh…ehh tlgla bijak sket..ko da la komen gune acc fb..len la klu komen kt bn…adoii..suami die je yg bijak..sbb lawyer…bini nye zero knowledge…better ko mntk maaf je la wei..

    20

    0
  10. kak mah kebabom says:

    Kalau kamu dua wanita bijak..sila berdepan dan saling bermaafan…kalau masing2 terus dgn ke egoan…kamu dua juga yg dpt malu..kami2 ni tukang baca dan bagi nasehat sikit2 jer..mengalah tk bererti kalah…

    6

    0
  11. XminatZulin says:

    X payahlah nak menyundalkan org, pompuan ooii.. diri sendiri blum tentunya baiknya, terlajak perahu bleh d reverse, terlajak kata…Lu sendiri pk lah…peace..

    12

    0
  12. Suasuwei says:

    Yg bini2 org ni hidup dalam kebimbangan ke apa? Takut sangat laki dirampas org…tetiba dirampas Tuhan padan muka. Pastu jadi janda…kau terhegeh2 mengintai laki kawan kau pulak. Pernah jadi kat opismate aku wei…. kesian, dulu dua2 asyik mengumpat pasal anak dara tua kat opis last2 dia sendiri yg merampas laki kawan. Satu opis tahu….member tu jer belum….entah bila nak pecah lubang.

    19

    0
  13. peony says:

    Well nilah punca buat lawak bodoh. Tanggunglah consequencesnya lol.

    1

    2
  14. Hannaia says:

    Wonder what happened to freedom of speech in this country ….something to pounder …..hmmm

    0

    10
  15. Do you mind if I ?uote a co?ple of y?ur articles as long a? I provide credit and sources back
    to your blog? M? ?log site is in the exact same area of interest as
    yours and my visitors would truly benefit from a lot of t?e information ?ou provide
    here. Pl?ase let me know if this okay with you. Cheers!

    0

    4
  16. lawan says:

    you girl zulin! kasi ajar sikit penguna fb mulut kurang ajar!!!

    3

    2
  17. Ros says:

    Kepandaian melayu takat ni jelah. lol. lelaki gelak baca aktiviti harian pompuan2 bodoh.

    1

    0
  18. Anakmelayu says:

    X baik panggil org sundal..it’s a bad word..kalu org kata kat kita mcm Tu..ape Rasa?? Jagala business Bahasa kita sama…maaf tumpang lalu..

    3

    0
    • greenfingers says:

      Itula, mulut tu jaga. Aku pnh komen psl CT n datuk K masa diorg memula nk kawen. Tetibe ada dua tiga perempuan meroyan bila aku ckp jgn komen ikut perasaan bab poligami, ada sebab Allah dh beri keizinan lelaki kawen lebih dari satu. Tetiba diorg serang aku ngan sumpah seranah, ckp doakan laki aku kawen lainla, mmg ayat tu mmg sgt2 teruk. Bila aku tgk profile memasing, bertudung cantik,org tgk mmg sopan gitu. Tp mulut mcm hapa ntah.

      1

      0
  19. peace says:

    ramai jee netizen yg suka mfitnah artis yg mreka x suka tpi klau artis yg mreka suka puji wlaupun buat salah artis yg slalu kna fitnah spt fattzura lgi teruk dr ni..Alhamdulillah Allah brikn mreka kebahgiaan

    0

    1
  20. Anonymous says:

    Artis bodoh..next

    2

    5
  21. Tk says:

    Chop kejap. Sapa in charge fesyen pakaian Jenna Nick dalam Melodi? Minggu pertama mcm apron Coffee Prince dengan T shirt turtle neck . Minggu ke2 green Office suit n again with T shirt turtle neck. Boring. Next week ubah la sikit. Jenna tu muda cantik so kna fedyen youngish look. . pakai la T shirt with coliuful jacket and jeans. Tak payah satu suit color sama. Loose pants tu okay tapi biarlah Dg stylo top. Kalau suka sangat turtle neck, boleh la tukar2 dg lilit skarf di leher ya!

    0

    2
  22. Anonymous says:

    Retis sendu. Next?

    1

    1
  23. Onion says:

    At least c zulin ni bg benchmark jg kat sapa2 la yg laser mulut tu. Know ur limit netizens.

    3

    1
  24. Anonymous says:

    Artis ketum nie pun korang minat…Artis melayu semua sampah

    4

    1
  25. Anonymous says:

    artis ni mmg la, mulut dia lg laju dr otak dia. bila kena kecam tau pulak marah. sikit sgt artis yg bijak. jauhkan keturunan aku dr menjadi artis

    2

    2
  26. zulin terdesak says:

    kesian ko zulin bam2
    dah x laku sngt eh
    dah xde job lg eh
    tu yg nak tangkap laki kaya(laki org pon balun)janji poket tebal
    sampai la ni x dpt2 laki kaya.. huhuhu sedih
    saman la plak jalan terakhir..demi sesuap nasi pataya bam2

    0

    0
  27. Anonymous says:

    ko tu artis..ape je kenyataan ko keluarkan akan ttap dpt kecaman.. so sblum buat apa2 kenyataan atau nak keluarkan ape je laa ayat pikir dulu ye..sbb aku tau pmpuan ni taip xpikir pnjang..daa kene mcm ni bru sedar..duk je diam2 kt konti tu keje dr sibuk nk kawin ngn suami org laa ape laa..xperlu pun keluarkan kenyataan cmtu..esok2 org amek laki ko jgn pulak meroyan

    0

    0

Leave a Comment

Optional