Digelar ‘Orang Tua Sakai’, Aishah Cabar Netizen Bersemuka

Hiburan

Digelar ‘Orang Tua Sakai’, Aishah Cabar Netizen Bersemuka

Baru-baru ini, penyanyi Aishah menerusi akaun Instagramnya begitu teruja sekali berkongsi momen manis ketika beliau membuat persembahan pada malam ABPBH 32.

penyanyi aishah

Advertisement

Namun, ada individu yang kurang senang dengan tindakannya itu dan mengherdik Aishah sebagai sebagai ‘orang tua sakai guna Insta’. Membawa maksud orang tua yang baharu sahaja ingin mengenali media sosial.

Dihina dengan dasyat sekali, Aishah membalas “serangan” tersebut dengan memuat naik kenyataan biadab yang dilemparkan kepadanya dan mencabar netizen itu untuk bersemuka dengannya.

aishah digelar orang tua sakai

Penghinaan itu tidak wajar sekali dan Aishah berkata dia berhak untuk berkongsi apa sahaja melalui akaun Instagram miliknya.

Aishah tidak teragak-agak untuk membuat laporan di Instagram bagi memastikan akaun tersebut di tutup.

aishah orang tua sakaiSiapa yang tidak bengang dengan komen melampau sebegitu? Biasanya “haters” ini hanya berani di media sosial sahaja tetapi bila ajak berdepan, tidak berani.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Ham Abu Bakar / Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...