Baru-baru ini, Fasha Sandha menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi foto mesra didukung oleh tunang tercinta, Aidil Aziz.
Foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berharap agar pasangan ini menjaga batas pergaulan antara satu sama lain. Baru sahaja bertunang tetapi sudah bergambar seperti suami dan isteri.
Tidak hanya berdiam diri, Fasha bagaimanapun membalas setiap kecaman daripada netizen. Katanya, beliau masih tahu akan hukum agama.
Ada pula yang mengkritik Fasha tidak sepadan bersama Aidil, tetapi pelakon wanita itu menegaskan bukan harta ataupun kekayaan yang menjadi ukuran cintanya.
Tidak salah jika kita hendak menegur seseorang tetapi biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan bukannya kecaman. Barulah mereka dengan terbuka boleh menerima nasihat yang diberikan.