May 15th, 2020

Hanya sekadar mahu berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya, usahawan kosmetik popular, Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen.

nur sajat

Video yang memaparkan dirinya berpakaian menjolok mata sambil berjalan sakan di pusat membeli belah menimbulkan rasa kurang senang para pengikutnya.

Sajat yang mengenakan baju paras pusat dan berseluar ketat mencuri perhatian netizen, malah beliau juga didakwa seakan tidak menghormati bulan Ramadan.

Perkongsian itu juga dihujani komen negatif sehingga ada yang menyeru supaya Sajat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Malah ada juga pengikutnya yang seakan pelik dengan bentuk badan Sajat.

Sehingga kini, video yang mendapat ratusan ribu jumlah tontonan itu difahamkan terus dibanjiri pelbagai riaksi malah ada juga dalam kalangan pengikutnya turut melontarkan kata-kata kesat kepada Sajat.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Sajat difahamkan berpakaian wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan umrah di tanah suci.

Kontroversi berkenaan juga turut mengundang pelbagai riaksi daripada pelbagai pihak. Tindakannya itu dikatakan telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.

Bagaimanapun Sajat tampil memohon maaf secara terbuka dan turut menyatakan  yang dirinya tidak mempunyai niat lain, malah hanya mahu mendekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah sahaja.

 


8 responses to “Didakwa Tidak Hormati Bulan Ramadan, Nur Sajat Dikecam Netizen”

  1. Anonymous says:

    Apa nak heran tunjuk pusat.. Dia bukan perempuan sejat pun….hahaha

  2. Anonymous says:

    Trooper sajat. Laksanakan tugas anda backup Sajat supaya kena skali tempias

  3. Guna Otak La Bedah Ouii says:

    Dato Alip dan Bang Jad ni nk kan nama diaorg supaya org awam x lupa teknik marketing /branding tp yng Melayu low class otak mkn belacan sakit hati tambah dosa. Tepok la masing2 dpt dosa kering seolah-oleh ke syurga kompirm kew?? Lol diaorg kaya raya korang mmmm..dpt stress mkn pun bercatu. Apalah punya bengap duduk tas sejadah ko baca Quran jew. Tu pun xpaham2 kew?

Loading...