Didakwa ‘Terpaling Outdoor’, Aktiviti Berkhemah Di Parkir Genting Highlands Jadi Ikutan Anak Muda

Kehidupan

Didakwa ‘Terpaling Outdoor’,  Aktiviti Berkhemah Di Parkir Genting Highlands Jadi Ikutan Anak Muda

Seperti tiada kerja lain, tindakan sekumpulan anak muda yang menjadi tular di media sosial gara-gara berkhemah di kawasan parkir Genting Highlands mengundang kritikan netizen.

Video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial Twitter itu memperlihatkan beberapa orang pemuda sedang memasang khemah di kawasan yang tidak sepatutunya.

Advertisement
Parkir khemahSumber : Twitter  

Manakala di satu hantaran yang lain, ada pula yang sedang melakukan aktiviti lepak dan menikmati mi segera seolah-olah seperti sedang berkhemah di dalam hutan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendakwa individu-individu ini sebagai ‘terpaling outdoor’ kerana bertindak menganggu orang awam dan berkhemah di kawasan parkir adalah dilarang sama sekali.

“Dia bukan nak style lepak tas tu bukak khemah tau. Dia pasal etika. Etika kat tempat parkir tu tiber nak pacak khemah. Tak ada common sense ke? Cuba orang tak ada adab tiba parking kereta depan pagar rumah kau. Marah tak?” komen seorang netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan harapan agar pengurusan hotel lokasi perlancongan terkenal itu akan lebih tegas dan menghalang perkara itu daripada berulang lagi di masa hadapan.

Straw minuman
2 years ago

Straw Minuman Dimasak Menjadi Hidangan Pasta, Video Memasak Ini Mengundang 'Kemurungan' Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...