Didakwa Persenda Tugas Malaikat, PU Syed Tegur Azwan Ali

Hiburan

Didakwa Persenda Tugas Malaikat, PU Syed Tegur Azwan Ali

Pengacara terkenal, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tular video mendakwa dirinya mempermainkan agama. Dalam video tular itu, Azwan terlebih dahulu ditanya mengenai persediaan menghadapi malaikat Munkar dan Nakir. Dia kemudiannya memberi jawapan spontan yang dianggap keterlaluan oleh orang ramai.

Azwan Ali
3 years ago

"Aku Akan Sound Munkar Nankir.." Diva AA Dikecam Biadab Dan Mempermainkan Agama

Advertisement

Lebih mengecewakan apabila penyampai radio turut tertawa selepas mendengar jawapan yang diberikan itu. Difahamkan insiden berlaku ketika pengacara ini muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.

azwan ali

Video viral ini bukan sahaja menerima perhatian pengguna media sosial, malah Pencetus Ummah, PU Syed turut dilihat memberikan teguran. Jelas PU Syed, perbuatan itu adalah melampau, sesat dan memalukan agama tidak kiralah sama ada dia bergurau ataupun tidak. Malah, malaikat bukanlah makhluk yang boleh dibuat gurauan atau sendaan.

Persoalan malaikat ni bukan persoalan yang kecil bahkan malaikat bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.

Dalam hantaran itu, PU Syed turut menegur penyampai radio yang menjadikan soalan berkaitan agama itu sebagai bahan lawak. Juara Pencetus Ummah musim ketiga ini dalam masa yang sama mengajak orang ramai mengenali bagaimana sifat Munkar dan Nakir untuk pengajaran bersama.

PU Syed juga memohon pengacara ini supaya bertaubat dengan segera di atas ketelanjuran yang telah dilakukan. Difahamkan, video tular ini adalah video lama dan dirakam lebih setahun yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...