Didakwa Langgar SOP Dek Naik Kereta Melebihi Tiga Orang Dalam Satu Masa, Ini Respon PU Riz

Hiburan

Didakwa Langgar SOP Dek Naik Kereta Melebihi Tiga Orang Dalam Satu Masa, Ini Respon PU Riz

Nama Neelofa dan suami, Muhammad Haris nampaknya masih lagi menjadi bualan netizen meskipun kini sedang dalam perbicaraan atas beberapa kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

neelofa
3 years ago

Isu Tidak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Selesai Beri Keterangan Pada Pihak Polis

Advertisement

Terbaru, pasangan selebriti itu didakwa melanggar lagi salah satu SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru di mana mereka dilihat menaiki kenderaan melebihi tiga orang semasa meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pagi tadi.

Walaubagaimanapun, PU Riz menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa video yang ditularkan tidaklah sama seperti apa yan terjadi.

Jelasnya, dia dan Neelofa dan mendapat kebenaran untuk merentas negeri bagi menghadiri sesi memberikan keterangan tersebut manakala peguam mereka memang sudah berada di Mahkamah Seremban yang berdekatan dengan IPD berkenaan.

“Saya dan isteri memang dalam satu kereta sama. Jadi, kami tunggu peguam habis kes untuk bergerak sekali ke IPD. Selepas selesai beri keterangan, kebetulan pihak media sudah tunggu di depan pondok.”

neelofa dikritikSumber : Kosmo Online  

Disebabkan oleh jarak kereta milik peguam tersebut yang tidak berjauhan daripada lokasi tersebut, mereka hanya menumpangkannya sebentar sahaja.

“Jadi, kami nak turunkan semula peguam ke kereta yang diletakkan di mahkamah. Jarak kedua lokasi pun tidaklah jauh. Jadi, apabila peguam masuk kereta kami, orang fikir kami memang naik satu kereta dari Kuala Lumpur. Mungkin kamera litar tertutup di kawasan IPD dan mahkamah boleh nampak kalau mereka nak bukti.”

Jelas pelakon itu lagi, perkara berkenaan sepatutnya tidak dijadikan isu baharu pun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...